Resipi Sup Tepung Sedap & Mudah Untuk Sajian Makan Malam

Share

Tercari-cari menu makan malam yang sedap, mudah dan mengenyangkan? Resipi Sup Tepung sedap perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang boleh dicuba. Hidangannya sangat ringkas tapi rasanya memang membuka selera. Sesuai bagi anda yang kurang sihat, atau tak gemar makan nasi atau hidangan berat pada waktu malam, bolehlah cuba menu ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK SUP TEPUNG SEDAP

BAHAN DOH TEPUNG:

  • Tepung gandum secukupnya – beli ONLINE
  • Secubit garam
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya

BAHAN SUP:

  • Isi ayam secukupnya
  • Kiub pati ayam – beli ONLINE
  • Minyak bawang putih (resipi Minyak Bawang Putih)
  • Bancuhan tepung gandum @ tepung jagung secukupnya

BAHAN SAMPINGAN:

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan doh tepung dan gaulkan hingga jadi doh yang sempurna.

2. Selepas dibiarkan selama 10 minit, bahagikan doh kepada 4 bahagian.

3. Uli dan canai nipis setiap doh tadi.

4. Kemudian potong mengikut saiz yang digemari.

5. Sementara itu, sediakan sup dengan merebus isi daging ayam bersama kuib pati ayam dan minyak bawang putih.

6. Setelah direbus, asingkan isi ayam untuk dicincang.

7. Kemudian masukkan tepung tadi. Pastikan doh tepung ditarik hingga nipis sebelum dimasukkan ke dalam sup.

8. Masukkan kembali isi ayam yang dicincang tadi. Rebus bersama doh tepung.

9. Masukkan sedikit bancuhan tepung gandum atau bacuhan tepung jagung. Kacau sebati.

10. Masak doh tepung selama 8-10 minit. Angkat.

11. Hidangkan Sup Tepung bersama sambal kicap, bawang goreng dan juga hirisan daun bawang untuk rasa lebih enak.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur