Resipi Sup Wantan Homemade Mudah, Masak Sendiri Memang Jimat

Share

Tercari-cari menu yang mudah tapi sedap untuk dihidangkan untuk keluarga? Apa kata cuba resipi Sup Wantan homemade ni. Bahan-bahannya sangat ringkas sahaja namun rasanya begitu membuka selera. Malah anda juga mempelbagaikan inti mengikut selera. Boleh tambah cendawan, tauhu dan bermacam-macam lagi. Menu ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Andai dibeli, harganya boleh tahan. Tapi dengan adanya resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ini, anda boleh masak dengan kos yang jauh lebih murah. Jom cuba!

 

CARA MASAK SUP WANTAN HOMEMADE

BAHAN INTI:

BAHAN SUP:

 

CARA MEMASAK:

1.Campurkan semua sekali  bahan inti dan gaul sebati.

2.Ambil kulit wantan dan bungkus inti tadi menjadi bunjut wantan. Lakukan hingga habis.

3.Untuk sup, panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam

4.Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.

5.Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang.

6.Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

7.Akhir sekali boleh masukkan wantan.

8.Sup Wantan sedia untuk dihidang.

 

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur