Tercari-cari resipi Sushiyang mudah, enak dan tidak guna banyak bahan? Maklumlah andai dinikmati di restoran, harganya agak mahal lebih-lebih lagi jika ‘masuk’ restoran dengan jumlah ahli keluarga yang ramai. Jenuh nak membayarnya. Jangan risau, anda boleh buat sendiri di rumah hanya bermodalkan kos yang tidak mahal. Puas hati. Sekali buat, satu keluarga boleh menikmatinya. Saudari CtRohani Abu Iban ada kongsikan resipinya. Istimewa lagi, resipi beliau tidak perlu menggunakan cuka. Jom cuba!
Sedap kalau makan Roti Kering ni sambil cicah Kopi O panas. Ada geng, sebungkus pun tak cukup. Kalau anda suka makan Roti Kering ni apa kata anda cuba buat sendiri secara homemade. Resipi perkongsian saudari Ayu Watie ni memang mudah. Cubalah.
RESIPI BISKUT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Marjerin
Gula
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti sandwic dan potong empat. Lakukan hingga habis.
2. Sapu marjerin dan tabur gula pada roti dengan secukupnya.
3. Susun dalam dulang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.
4. Keluarkan, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Bertih jagung karamel ni antara snek ringan yang popular lebih-lebih lagi kalau pergi menonton wayang. Susah sangat ke nak buat benda ni? Jawapannya, tak pun. Mudah sahaja. Dengan hanya guna periuk biasa, anda boleh hasilkan bertih jagung enak buat anak-anak. Bolehlah makan sambil menonton TV di hujung minggu. Pasti best!
BAHAN-BAHAN POPCORN :
1/3 cawan jagung popcorn
1 sudu besar mentega
2 1/2 sudu besar minyak masak
BAHAN-BAHAN CARAMEL :
1/3 cawan gula castor/gula pasir
1 sudu besar mentega
CARA MEMASAK:
1. Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti. Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, nanti popcorn hangit.
2. Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’. Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi.
3. Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya. Jangan buka penutup periuk sebab jika buka, popcorn akan bersembur keluar. Tunggu sampai habis ‘meletup’ dalam tu, sekali sekala, goyang dan goncangkan periuk manja-manja supaya semua jagung dapat ‘meletup’ dengan sempurna. Tunggu sampai dah tak ada bunyi ‘pop’ baru buka dan tengok kejadiannya. Api jangan lupa tutup.
4. Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan? Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
5. Dalam kuali lain, masukkan gula pasir. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel tetapi jangan sampai hangit sebab bila salut dengan popcorn, ia akan menjadi pahit. Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat, masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair.
6. Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata.
7. Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk disejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan popcorn yang melekat. Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran.
Info RASA:
Semasa menyejukkan popcorn, dulang boleh dilapik menggunakan ‘baking paper’ bagi memudahkan popcorn sejuk serta tidak melekat pada dulang.
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni mudah aje. Adunan kaya ball ni boleh juga dibuat pancake.Sangat lembut dan menjadi.
Kata Nurhaziqah resipi kaya ball ni kacau pakai whisk aje, tak perlu mixer atau mesin pengadun pu. Yang penting ada acuan.Dia menggunakan acuan takoyaki, kalau tak ada boleh aje guna acuan kuah cara.
KAYA BALL
BAHAN-BAHAN :
• 1 cawan tepung gandum • 2 sudu kecilbaking powder • secubit garam * • 2 sudu besar gula halus * • 3/4 cawan susu segar + 2 sudu besar susu segar* ( jadi 3/4 cwn 2 sudu besar susu) • 1 biji telur * • 2 sudu besar mentega |cairkan * • 1 sudu kecil esen vanilla * • Kaya secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Satukan bahan bertanda *
2. Kacau bahan bertanda * sehingga sebati
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder
4. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul
5. Biarkan adunan selama 15 minit sebelum digunakan 6. Sapukan minyak pada acuan dan panaskan acuan menggunakan api perlahan.
7. Picitkan adunan ke dalam acuan..separuh saja jangan full.
8. Kemudian picitkan kaya
9. Picitkan adunan sehingga full
10.Tutup acuan menggunakan penutup periuk selama 3 minit
11.Kemudian balikkan kaya ball dan biarkan lagi selama 3-5 minit atau sehingga masak