Sedapnya Sweet Sour Chicken Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.
CARA MASAK SWEET SOUR CHICKEN CHINESE STYLE
BAHAN AYAM:
Isi ayam
Kicap cair – beli online disini
Lada sulah – beli online disini
Tepung jagung – beli online disini
Telur
(sukatan bahan ikut jumlah ayam yang dugunakan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn readymade)
BAHAN SOS:
Nanas – dipotong kecil
Timun – dipotong dadu
Tomato – dipotong dadu
Lada benggala hijau dan merah – potong kecil
Sos tomato – beli online disini
Gula secukup rasa
Bawang putih – dicincang
2-3 hiris halia
Minyak untuk menumis
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1.Dalam bekas bersesuaian, perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah.
2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati.
3.Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur.
4.Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn segera.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
6. Masukkan hirisan halia jika suka.
7. Seterusnya masukkan sos tomato dengan secukupnya. Sebatikan.
8. Tambahkan sedikit gula ke dalam tumisan sos tadi.
9. Masukkan juga sedikit air.
10. Bila sos kelihatan pecah minyak, masukkan semua buah dan sayur-sayuran (nanas, timun, tomato & lada benggala) yang telah dipotong tadi.
11. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna dengan sos.
12. Sweet Sour Chicken Chinese Style sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Helna Nadira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap! Resipi Soondubu Jjigae (Korean Tofu Beef Stew) Homemade
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI