Takoyaki, street food dari Jepun yang diperbuat daripada bancuhan tepung dan dimasak bersama kubis cincang serta berintikan sosej, hirisan sotong, udang atau ketam. Dihidangkan bersama mayones dan bonito flakes menjadikan hidangan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Jika dulu hidangan ini boleh diperolehi di restoran atau pasaraya tertentu, namun kini di pasar malam pun ada yang jual Takoyaki ni. Teringin nak masak sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora AbdullahKuih Cara je. . Pakai acuan
RESIPI TAKOYAKI HOMEMADE
BAHAN ADUNAN:
INTI:
BAHAN HIAS:
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan adunan. Kisar @ bancuh hingga sebati dan tidak berketul.
2. Letak adunan ke dalam botol bagi memudahkan proses menuang.
3. Untuk menyediakannya, ambil acuan kuih cara dan oleskan dengan sedikit minyak.
4. Masukkan bancuhan tepung hingga separuh acuan.
5. Kemudian masukkan bahan inti secukupnya.
6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat ( jika pakai acuan takoyaki) atau bujur ( jika pakai acuan cara).
7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.
8. Angkat dan paipkan mayones, sos serta bonito flakes secukupnya. ( empunya resipi guna sos cili dan mayones sahaja sebab tak ada bonito flakes.)
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nora Abdullah