Resipi talam keledek oren. Pernah buat sendiri tak? Atau pernah makan? Sedap tau. Macam kuih talam lain juga. Sememangnya kuih talam memiliki peminat tersendiri. Sekarang macam-macam perisa yang ada. Kali ini cuba pula resipi ini ye.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sue Suria ini. Cubalah. Tak susah mana pun.
1cawan keledek oren – rebus dan lenyek (untuk bahagian atas)
1/2 cawan keledek dadu (kukus sekejap) – untuk bahagian bawah
1cawan tepung beras – boleh beli online di sini
11/2 sudu kecil tepung ubi – boleh beli online di sini
Sedikit garam
1 cawan santan pekat – boleh beli online di sini
½ cawan santan cair
1 bji telur
1cawan santan pekat – boleh beli online di sini
½ cawan santan cair
Pewarna kuning (optional)
½ cawan gula kastor – boleh beli online di sini
1 cawan ubi keledek yang telah direbus..blend bersama santan
1 sudu kecil tepung beras – boleh beli online di sini
½ cawan tepung gandum – boleh beli online di sini
Untuk lapisan bawah, sebatikn dulu semua bahan A. Kemudian tapis masuk periuk. Setelah itu, masak dengan menggunakan api sederhana.
Kacau hingga dah nampak nak pekat, masukkan ubi yang dikukus tadi. Kacau sekejap. Bila dah pekat adunan, tutup api dan tuangkan adunan ke dalam Loyang. Sebelum itu, sapu minyak pada loyang berukuran 6 inci. Kemudian lapik plastik ye.
Kukus sekitar 20 minit.Untuk lapisan bawah, sebatikn semua bahan. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
Masak dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Tak perlu masa lama ye. Kemudian tuang di atas lapisan bawah tadi. Sebelum tuang, cakar-cakarkan sikit lapisan bawah ye.Kukus 25 minit lagi.
Setiap 5 minit buka tudung kukusan supaya air tak menitis atas lapisan. Kalau nk balut tutup pengukus dengan tuala bersih pun boleh. Tak perlu buka tutup tiap 5 minit.
Setelah siap, tunggu sejuk dulu, barulah boleh dipotong. Oh ye. Resipi ini menggunakan cawan/sudu metric.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official