Talam Nyonya ni mudah je nak buat, yang penting cukup bahan wajib pembuatan talam nyonya ni pasti menjadi kuih ni. Warnanya sama macam kuih tepung pelita tapi lain sikit cara pembuatannya dan cara hidangannya. Korang wajib cuba resipi kuih ni tau, mudah sangat pastu cepat je siap. Kalau tiba-tiba ada tetamu nak datang pun sempat je nak buat untuk menu minum petang. Terima kasih untuk Norfazida Gda kongsi resipi talam nyonya ni di Facebook haa jomlah kita cuba?
KUIH TALAM NYONYA
BAHAN-BAHAN:
ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee
1 cawan gula
Ads
4 cawan air
2 cawan air pandan (kisar 5 helai pandan)
Sedikit pewarna hijau
ADUNAN PUTIH
1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee
1 cawan gula
3 cawan santan
3 cawan air
½ sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan bahan adunan hijau dan adunan hijau dalam kuali/periuk berasingan.
Kacau sebati. Masak serentak hingga pekat.
Ads
Sendukkan adunan hijau dan putih ke dalam bekas/acuan secara berselang seli hingga habis.
Sejukkan selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
Pemilik bakeri Adriana Cakes House ini mempunyai bakat luar biasa. Dia belajar membuat kek,bakeri dan pastri dengan merujuk kepada buku dan mempelajarinya melalui online untuk menghasilkan kek yang cantik dan enak.
Norhayati Ahmad, 37 tahun, memang minat bidang yang memerlukan sentuhan seni. Inilah sebabnya mengapa dia memilih pembuatan bakeri dan pastri sebagai pilihan kerjayanya kini.
Diam tak diam Adriana Cake House sudah beroperasi selama empat tahun. Kedai bakeri ini terletak betul-betul di kediamannya di Meru, Klang, Selangor. Bagi Norhayati berniaga sendiri menyebabkan ia mempunyai lebih masa untuk bersama-sama anak-anak. Malah nama kedainya Adriana mengambil awalan nama ketiga-tiga putri kesayangannya.
Perniagaannya sebenarnya sudah bermula sejak 2017 dengan berniaga dari rumah sebelum membuka kedai bakeri pada 2017. Di samping dia turut kelas mengajar baking dan juga menyewakan tempat untuk kelas masakan kek dan biskut. Adriana Cakes House turut menjual di kedai dan menerima tempahan online di alamat FB: adriana cakes and cookies.
Di antara produk yang dihasilkan sendiri oleh Norhayati bersama dua pekerjanya adalah kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. Manakalah produk top sales adalah cream puffnya yang gebu, lembut dan berkrim enak.Dalam sehari dia dapat menjual 20 kotak yang berharga RM10 sekotak dan RM16.50 untuk kotak yang besar.
Dia juga turut menerima tempahan kek ‘custom made’ mengikut citarasa yang dikehendaki pelanggan.Prinsipnya mudah dalam menyediakan sesuatu kek atau produk biskut dan pastri yang lain dia amat mementingkan keenakan rasa agar pelanggan berpuas hati dan seterusnya berulang membeli dan seterus menjadi pelanggan tetap.
Latar belakang akademik Norhayati dalam pengajian perniagaan dan pengurusan runcit banyak membantunya dalam selok belok memajukan lagi Adriana Cakes House. Impian Norhayati adalah mengembangkan ilmu perniagaan dengan membantu keluarga dan memberi latihan kepada saudara-mara agar mereka juga dapat membuka perniagaan sendiri apabila pulang ke kampung.
Norhayati sudi berkongsi resipi kek lobak merah dengan badam yang cukup “legend’.
KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN :
BAHAN A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
*Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK : Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju : 1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang. 3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg) Waktu memasak: 40 – 50 minit Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
Lokasi: Lot 2035, Bt 7 1/2, Jalan Jambu, Meru, Kapar, Selangor
Pemilik : Norhayati Ahmad
Waktu urusniaga : Isnin hingga Sabtu, 10 pagi – 6.30 petang
Keistimewaan : 1. Menerima tempahan kek di kedai dan juga secara online FB 2. Menawarkan aneka jenis kek dan produk bakeri dan pastri dengan harga berpatutuan.Juga membuat custom made mengikut corak dan bentuk mengikut citarasa pelanggan. 3. Dekorasi kek yang berseni dan cantik. 4. Menawarkan kek red velvet, kek span, kek choc moist, lapis jagung, brownies,tart dan kek keju dan juga biskut dan pastri. 5. Produk cream puff adalah antara jualan terlaris
ANDA INGIN MENCARI MIXER UNTUK MENGADUN KEK LOBAK MERAK. JOM LAYARINYA DI SINI.
Tercari-cari resipi Air Asam paling sedap? Ini resipi yang anda kena cuba. Air asam ni kalau kena dengan nasi panas, ulam dan lauk ikan bakar, memang bertambah nasi di pinggan. Lebih-lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu-dulu. Memang padu. Walaupun hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM PUSAKA & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.