Resipi Talam Nyonya Cukup Lemak Manis Rasanya Pasti Menjadi!

Share

Talam Nyonya ni mudah je nak buat, yang penting cukup bahan wajib pembuatan talam nyonya ni pasti menjadi kuih ni. Warnanya sama macam kuih tepung pelita tapi lain sikit cara pembuatannya dan cara hidangannya. Korang wajib cuba resipi kuih ni tau, mudah sangat pastu cepat je siap. Kalau tiba-tiba ada tetamu nak datang pun sempat je nak buat untuk menu minum petang. Terima kasih untuk Norfazida Gda

kongsi resipi talam nyonya ni di Facebook haa jomlah kita cuba?

KUIH TALAM NYONYA

BAHAN-BAHAN:

ADUNAN HIJAU

1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee

1 cawan gula

4 cawan air

2 cawan air pandan (kisar 5 helai pandan)

Sedikit pewarna hijau

ADUNAN PUTIH

1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee

1 cawan gula

3 cawan santan

3 cawan air

½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN:

Campurkan bahan adunan hijau dan adunan hijau dalam kuali/periuk berasingan.

Kacau sebati. Masak serentak hingga pekat.

Sendukkan adunan hijau dan putih ke dalam bekas/acuan secara berselang seli hingga habis.

Sejukkan selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Norfazida Gda

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nadzirah Rashid