Kuih Talam Seri Muka ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian saudari Marian Zainal ni antara yang mudah untuk dicuba. Bak kata empunya resipi, kalau ikut satu-satu resipi beliau, memang menjadi & anti gagal. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT KUIH TALAM SERI MUKA SEDAP, MUDAH & DIJAMIN MENJADI
BAHAN BAHAGIAN PULUT (BAWAH)
1 1/4 cawan beras pulut (basuh dan toskan) – beli online disini
1 1/2 cawan santan sederhana cair
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan (carik & simpul)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan air kukusan hingga mendidih.
2. Sapu minyak pada loyang saiz 8×8 dan lapik plastik.
3.Masukan semua bahan dan kukus selama 25-30 minit guna api besar.
4.Bila sudah siap, buang daun pandan. Biarkan sekejap selama 5-10 minit kemudian tekan-tekan hingga betul-betul padat. Ketepikan.
BAHAN BAHAGIAN ATAS (LAPISAN PANDAN)
3 cawan santan sederhana pekat
(kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan secubit jintan manis (tak nak letak pun tak apa). Pastikan cukup 3 cawan selepas ditapis ya.
3/4 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar (membukit) tepung kastard – beli online disini
1 cawan tepung gandum & tambah lagi 1 sudu besar tepung gandum
Sedikit pewarna hijau epal
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebati guna whisk.
2.Masak sekejap atas api perlahan sambil kacau guna whisk hingga naik wap (sekadar periuk tu dah rasa panas je. Jangan lama)
3. Tuang 1 atau 2 senduk adunan hijau atas pulut. Kukus selama 7-10 minit guna api sederhana perlahan.(JIKA NAK TUANG SEMUA ADUNAN HIJAU TERUS KE ATAS PULUT PUN BOLEH. LAGI MUDAH)
4. Buka tudung kukusan. Cucuk-cucuk guna garfu di semua permukaan hijau dan tuang baki adunan hijau. Teruskan mengukus selama 25-30 minit.
5. Setiap 7-10 minit, buka tudung kukusan. Lap bawah tudung, tutup dan teruskan mengukus. Ulang hingga siap.
6. Apabila dah cukup masa, buka tudung kukusan, biarkan terdedah dan teruskan mengukus guna api besar selama 5 minit.
7. Kuih Talam Seri Muka sedia untuk dinikmati.
NOTA: Pastikan Seri Muka sudah betul-betul sejuk baru potong guna pisau plastik atau pisau biasa yang dibalut plastik.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official