
Isi Kandungan
ToggleKuih talam ubi kanda atau talam ubi berlapis ini bukan saja cantik tapi juga enak rasanya. Cara membuatnya juga mudah dan tak menggunakan banyak bahan, hanya memerlukan ubi disagat, santan, garam selain pewarna dan kelapa parut. Bagi yang nak mencuba berikut adalah resipinya.
Resipi talam ubi kanda
Bahan-bahan
3 cawan ubi kayu yang sudah disagat
2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 cawan gula
Sedikit garam
Pewarna
Kelapa parut secukupnya
Cara membuat
1. Ubi kayu yang disagat diperah tapi airnya jangan dibuang lagi. Tunggu mendapan ubi turun ke bawah. Ambil mendapan gaul dengan ubi sagat tadi. Ketepikan dulu.
2. Dalam pada itu panaskan kukusan. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan sedikit minyak. Lapik dengan plastik. Ketepikan seketika.
3. Dalam satu bekas, satukan ubi sagat bersama semua bahan. Gaul semua hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kuning, hijau dan merah.
5. Masukkan adunan ubi warna hijau terlebih dahulu dalam loyang. Kukus 10 minit, hingga warna sudah bertukar terang dan adunan nampak berkilat dan berkanji.
6. Seterusnya tuang dan kukus adunan kuning selama 10 minit atau hingga masak. Kemudian tuang adunan merah dan kukus 15 minit.
7. Selepas masak, sejukkan dulu. Sementara itu boleh gaul kelapa parut gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
8. Bila kuih talam sudah sejuk, potong dan gaul dalam kelapa parut. Siap.
Sumber : Iedaa Jahaya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Raja Azura Seronok Masak Pecal & Badak Berendam, Masakan Kegemarannya.

Chef Wan bertemu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku memang cukup gamat. Sama-sama pandai berceloteh.
Memang gandingan mantap episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini. Hidangan istimewa yang dimasak adalah Sayur Pecal dan Kuih Badak Berendam. Kedua sajian ini memang dekat di hati Kak Engku.
Dilihat dari gayanya bercerita dan menolong Chef Wan di dapur memang ternyata Kak Engku ini memang mahir memasak. “ Saya bulan puasa memang tak suka hidangan berat-berat atau nasi. Saya suka makan sayur-sayuran dan kuih muih, itu dah cukup kenyang. Iyalah sayur-sayuran kan tinggi serat dan berkhasiat. Lepas berbuka taklah terasa letih atau mengantuk .
Saya suka sayur pecal sebab banyak sayur-sayuran dan kuah kacangnya memang cukup sedap. Kalau orang Jawa mereka siap letak sayur cekur, tu lagi saya suka sebab aromanya sangat wangi dan menyelerakan.Selain itu saya juga makan kerabu, tauhu dan manisan seperti kuih Badak Berendam dan Agar-agar Pandan ,” Kak Ungku berkongsi cerita sajian nostalgia Ramadannya.
Menurut Raja Azura lagi masakan kuah kacang sate dan kuah kacang pecal ada bezanya. Jika kuah kacang sate ada lagi banyak lagi bahan ramuan seperti serai , lengkuas dan halia. Tetapi kuah kacang untuk sayur pecal lebih ringkas ramuannya dan memasaknya juga lebih cepat dari masak kuah kacang sate yang mengambil masa lebih lama.
Kuih Badak Berendam pula memang disukai sejak zaman kanak-kanak lagi. “ Kuih orang dulu-dulu ni bahannya ringkas sahaja seperti tepung beras, gula Melaka dan santan. Nama berlainan tetapi bahan asasnya lebih kurang sama. Contohnya badak berendam dengan kuih koci, orang muda kenalah belajar,”pesan Kak Ungku lagi.
SAYUR PECAL
BAHAN-BAHAN :
- 4 sudu makan minyak sayuran
- 2 sudu makan asam jawa
- 375ml air | 11/2 cawan
- 10 biji bawang merah | dihiris
- 15 tangkai cili kering | direndam air panas, dibuang biji dan toskan
- 3 sudu makan belacan
- 300gm kacang tanah | disangai dan tumbuk kasar
- 6 sudu makan gula perang
- 5 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan sayur-sayuran dan lain :
- 100gm taugeh | dibuang ekor
- 100gm kangkong | dipotong 5sm
- 150gm kacang panjang | dipotong 5sm
- 100gm nenas sederhana masak | dipotong sederhana
- 1 biji timun | dikupas dan hiris memanjang
- 1 biji sengkuang | dikupas dan hiris memanjang
- 2 keping tauhu | dipotong dadu dan digoreng
- 3 keping tempe | dipotong kiub dan digoreng
- 2 biji telur rebus | direbus , dikupas belah empat
- 2 biji ubi kentang | direbus dan potong kiub
55gm keropok goreng | jika suka
CARA MEMASAK :
- Panaskan minyak masak dan goreng bawang merah, cili kering serta belacan. Angkat dan masukkan bahan-bahan goreng ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga menjadi pes.
- Sementara itu satukan kacang, gula perang, air asam jawa dan air di dalam periuk dan renehkan. Masukkan pes tadi dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkan garam secukup rasa . Tutupkan api.
- Celurkan sebentar kesemua sayur-sayuran kecuali timun, sengkuang dan nenas, ke dalam air panas mendidih yang dicampur sedikit garam.
- Toskan sayuran dan letakkan di atas pinggan bersama dengan timun, tauhu, telur, tempe, kentang dan keropok. Hidangkan bersama kuah kacang.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung beras pulut
- 11/2 cawan air
Bahan inti :
- ½ biji kelapa parut | ambil bahagian putih sahaja
- ½ cawan gula pasir
- ¼ buku gula Melaka
- Air panas secukupnya
- 2 sudu teh tepung gandum
- 2 cawan santan pekat
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
- Larutkan gula Melaka di dalam air panas. Masukkan gula pasir.
- Masukkan kelapa parut dan tepung gandum, gaul sebati.
Cara masak doh kuih :
- Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk besar. Tuangkan 11/2 cawan air sedikit demi sedikit, dan adunkan hingga membentuk doh yang licin .
- Bentukkan doh bulat-bulat, leperkan sedikit dan sudukan inti kelapa ditengahnya. Cantumkan doh dan bulatkan menutupi inti. Ulangkan proses ini.
- Kemudian ambil santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Ketepikan.
- Panaskan pengukus. Susunkan doh kuih badak di dalam bekas dan tuangkan perlahan-lahan santan yang sudah dimasukkan garam ke atasnya.
- Tutup pengukus dan kukus. Jangan kukus terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN, SETIAP JAM 5 PETANG, DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN SALURAN PRIMA HD 121
JANGAN LUPA ESOK BERSAMA PUTERI SULUNG CHEF WAN, SERINA CHEF WAN.
Nak tahu apa yang diborak dan dimasak oleh dua beranak , jangan lupa tunggu esok tau. Tinggal tiga lagi episod aje ni, rugi kalau tak tonton.
Resipi Apam Balik Rangup Di Tepi, Lembut Di Dalam

Kalau sebelum ini, nak makan apam balik, suka beli di pasar malam. Sedapnya dapat yang rangup dan lemak-lemak lembut.
Tapi kalau nak buat sendiri di rumah pun, boleh saja. Senang saja nak buat, tidaklah sukar seperti yang dilihat.
Yang penting, cukup bahan dan bolehlah ikut resipi daripada Mamamemey Airish.
RESIPI CARA BUAT APAM BALIK RANGUP
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum – beli online di sini
2 sudu besar gula pasir – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online di sini
½ sudu yis – beli online di sini
1 ¾ cawan air
1 biji telur (saya guna gred A)
TONTON Dapur Rasa Live: Mango Baked Cheesecake
TONTON Dapur Rasa Live: Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung
BAHAN TABUR:
Marjerin (saya guna marjerin planta) – beli online di sini
Gula
Kacang tanah | ditumbuk – beli online di sini
Jagung krim
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA-CARA:
1. Masukkan gandum, gula pasir, soda bikarbonat dan yis dalam satu mangkuk. Gaul-gaul sehingga semuanya sekata.
2. Masukkan air. Tuang sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.
3. Tambah secubit garam halus. Kacau lagi. Jangan lupa masukkan sekali telur. Kacau lagi sampai sebati.
4. Kalau suka, boleh titiskan pewarna kuning sikit. Tak suka tak apa. Kacau laju-laju selama 5 minit, kemudian biarkan dalam ½ jam.
5. Panaskn kuali non-stick. Tak perlu sapu minyak, tuang adunan ikut tebal mana yang disukai.
6. Leretkan adunan di bahagian tepi kuali biar dapat kesan rangup nanti. Tunggu sampai dia berlubang-lubang. Api kena pandai kawal tau, jangan besar sangat, jangan kecil sangat.
7. Kemudian, letak marjerin, gula, kacang tanah tumbuk dan jagung krim. Kalau suka jagung tu boleh digaul dulu dengan susu pekat manis tapi saya tak suka sebab gula tu pun dah cukup manis. Tapi kita boleh pilih antara dua pun, nak manis gula atau nak manis susu pekat.
8. Akhir sekali, apabila sudah masak, lipat dua. Kalau terlebih letak marjerin, beginilah kejadiannya (seperti dalam gambar).
Kredit resipi: Mamamemey Airish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Ketupat Lemak Manis Sedap, Ada Campuran Kacang & Pulut Hitam

Bila tiba raya, hidangan tradisi seperti Ketupat Lemak Manis semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari Che Na Pokteh ni boleh dicuba. Sangat sedap kerana ada penambahan pulut hitam dan juga kacang. Jom cuba!
CARA MEMBUAT KETUPAT LEMAK MANIS @ KETUPAT KACANG PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 1/2 kg beras pulut – rendam 2 jam – beli online disini
- 1 kg santan
- Sedikit pulut hitam – rebus hingga masak – beli online disini
- Kacang ketupat – rebus hingga masak – beli online disini
- Garam
- Gula
CARA MEMASAK:
1.Gaul beras pulut bersama pulut hitam. Kemudian kukus sehingga masak.
2.Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian gaul bersama santan yang telah dicampur dengan garam. Sukatan garam agak-agak sahaja.jangan masin sangat.
3.Kemudian kukus pulut sekali lagi hingga masak.
4.Angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas. Gaul dengan gula hingga sebati. Sukatan gula juga ikut selera masing-masing.
5. Setelah sebati baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.
6.Bungkus pulut dengan daun palas kemudian kukus sekali lagi hingga daun palas bertukar warna.
7. Angkat, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
INFO: Jika nak buat Ketupat Lemak, tidak perlu tambah gula.
Kredit resipi & foto: Che Na Pokteh
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official