Makan

Resipi Talam Ubi Kanda Yang Sedap & Cantik

Share

Kuih talam ubi kanda atau talam ubi berlapis ini bukan saja cantik tapi juga enak rasanya. Cara membuatnya juga mudah dan tak menggunakan banyak bahan, hanya memerlukan ubi disagat, santan, garam selain pewarna dan kelapa parut. Bagi yang nak mencuba berikut adalah resipinya.

Resipi talam ubi kanda

Bahan-bahan

3 cawan ubi kayu yang sudah disagat
2 cawan santan kotak
1 cawan air
1 cawan gula
Sedikit garam
Pewarna
Kelapa parut secukupnya

Cara membuat

1. Ubi kayu yang disagat diperah tapi airnya jangan dibuang lagi. Tunggu mendapan ubi turun ke bawah. Ambil mendapan gaul dengan ubi sagat tadi. Ketepikan dulu.

2. Dalam pada itu panaskan kukusan. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan sedikit minyak. Lapik dengan plastik. Ketepikan seketika.

3. Dalam satu bekas, satukan ubi sagat bersama semua bahan. Gaul semua hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kuning, hijau dan merah.

5. Masukkan adunan ubi warna hijau terlebih dahulu dalam loyang. Kukus 10 minit, hingga warna sudah bertukar terang dan adunan nampak berkilat dan berkanji.

6. Seterusnya tuang dan kukus adunan kuning selama 10 minit atau hingga masak. Kemudian tuang adunan merah dan kukus 15 minit.

7. Selepas masak, sejukkan dulu. Sementara itu boleh gaul kelapa parut gaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.

8. Bila kuih talam sudah sejuk, potong dan gaul dalam kelapa parut. Siap.

Sumber : Iedaa Jahaya

 

Published by
Rose