Resipi Tapai Pulut Manis, Nikmatnya Bila Makan Sejuk-sejuk

Share

Tapai Pulut antara juadah istimewa orang Melayu yang boleh ditemui di mana-mana sama ada pada majlis jamuan atau dijual di restoran sebagai hidangan sampingan.Rasa tapai pulut yang manis selain lembut adalah ciri-ciri tapai yang berkualiti tinggi dan menepati rasa diinginkan. Apa kata kita cuba buat sendiri Tapai Pulut? Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Lind Razak

RESIPI TAPAI PULUT MANIS

BAHAN-BAHAN:

1 kg beras pulut – beli online


1 biji ragi (Seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh) – beli online
Bekas dadih/daun getah/daun pisang

CARA MEMBUAT:

1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minimum selama 2 jam.

2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 minit.

3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik. (boleh sahaja tidak alihkan pulut ke dalam bekas, siramkan air terus dari pengukus).

4. Kukus semula pulut tadi dalam 10 minit sehingga naik wap.

5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan. (Ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk)

6. Biarkan pulut betul-betul sejuk.

7. Bila pulut sudah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi. (agak-agak ragi rata pada pulut).

8. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.

9. Susunkan ke dalam bekas sesuai.

10. Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari. Selepas 2 hari, baru tengok tapai itu ye.

11. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ini sedap makan sejuk sejuk. Tapai manis dan berair.

Sumber kredit: Lind Razak

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Has