Resipi tart telur Portugis. Salah satu pastri yang paling popular mempunyai kastard berkrim di tengah-tengah kerak rangup. Hanya perlukan bahan dan langkah-langkah senang untuk menyediakannya.
Boleh cuba resipi tart telur Portugis yang dikongsikan oleh Madam Elaine Lee ini ye.
Resipi Tart Telur Portugis Sedap Lemak Berkrim
Bahan-bahan:
8 keping kulit Puff Pastry jenama KAWAN (8 keping dapat membuat 12 biji)
75 gram whipping cream – boleh beli online di sini
Masukkan air panas dan gula pasir dalam bekas, kacau dan sejukkan. Kemudian, masukkan telur dan whipping cream, kacau rata dan ketepikan. Masukkan campuran ini ke dalam peti sejuk sehingga sejuk selama setengah jam.
Keluarkan kulit puff pastry dari peti sejuk dan biarkan sejuk selama 5 minit.
Ads
(Nota: Google Translate jadi Meringue, jadi saya tukarkan jadi Kulit Puff Pastri ye). Jadi kulit puff pastry itu takkan jadi keras sangat untuk langkah yang seterusnya.
Ratakan kulit puff pastry itu seperti Gambar No 1 dan gulungkan kulit puff pastry itu (macam bentuk hotdog).
Seterusnya, balutkan kulit puff pastry kedua di luar gulung pertama. (sila tengok Gambar No 2 dan video).
Potongkan kulit puff pastri yang digulungkan menjadi 3 bahagian seperti Gambar No. 3.
Masukkan dalam bekas acuan pastri puff, tekankannya jadi rata mengikut bentuk acuan seperti Gambar No. 4.
Ads
Cucukkan beberapa lubang dengan garpu pada bahagian bawah pastri tadi seperti Gambar No. 5. (Ini adalah untuk mengelakkan kuning telur mengembung semasa memasak).
Tuangkan campuran (yang dibuat semasa Langkah 1) ke dalan kulit puff pastri seperti Gambar No 6.
Panaskan Air fryer pada suhu 160c dan masanya selama 5 minit. Kemudian, masukkan tart Portugis dan bakar selama 15 minit.
Selepas 15 minit, sesuaikan suhu hingga 180C dan bakar selama 5 minit tambahan dan biarkan tart Portugis berwarna kegaringan.
Ads
Nota: Perbezaan suhu setiap Air Fryer atau oven berbeza, anda boleh cuba menyesuaikannya sendiri ye. Sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.
Suka maka RotiBun Manis? Biasa beli je kan? Apa kata lepas ni cuba hasilkan sendiri roti Bun Manis secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Zuraita Mohd Anua. Bahan-bahannya ringkas dan mudah didapati di kedai alatan bakeri. Jom cuba.
RESIPI ROTI BUN MANIS HOMEMADE
BAHAN A ( Campur semua dan tunggu kembang. Lebih kurang 10 minit):
200ml air suam
1 paket yis (11gm)
4 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
BAHAN B:
3 1/2 cawan tepung roti
2 sudu makan susu tepung
1 sudu teh bread improver (abaikan jika tiada)
2 sudu makan mentega/marjerin
1 sudu teh garam
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan B ke dalam bread maker. Bila bahan A kembang, masukkan juga ke dalam bahan B tadi. 2. Set fungsi ‘dough’ pada bread maker. Biarkan bread maker melakukan kerja menguli dan menikkan doh. ( anggaran 1 jam 30 minit). 3. Keluarkan adunan dari bread maker. Tumbuk dan uli manja 1-2 minit untuk mengeluarkan angin. 4. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Jika mahu letak inti pada roti, boleh juga dimasukkan. 5. Susun roti yang siap dibulatkan atas baking tray yang sudah disapu mentega. ( empunya resipi guna baking tray saiz 12×10. Untuk size tray tu, dapat 20 biji.) 6. Seterusnya biarkan doh anggaran 20-30 minit lagi sampai roti naik sekali ganda. Sebelum roti dibakar, taburkan gula pasir atas roti. 7. Bakar pada suhu 170C menggunakan api bawah selama 10 minit. 8. Kemudian bakar pada suhu 150-160C guna api atas bawah selama 10 minit lagi. 9. Bila roti sudah masak, keluarkan dan sapu mentega di permukaan roti. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Labu oh labu. Macam-macam hidangan yang boleh dibuat darinya. Tapi yang paling best sudahlah sedap ada manfaat kesihatannya.
Labu kuning (pumpkin) memang mudah untuk diperoleh di negara kita. Labu kuning mengandung zat seperti Beta karoten, vitamin A, vitamin C, zink, selenium dan tanaman ini berkhasiat sebagai antioksidan yang baik.
Foto : vegetables.co.nz
Makan buah labu secara teratur akan memperbaiki fungsi dan kerja pankreas akan baik dan insulin dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Selain itu buah tersebut tidak menaikkan zat gula darah dalam tubuh sehingga sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.
Labu kuning juga dipercayai dapat melindungi sistem pencernaan agar mampu berperanan dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi. Serat itu dapat membantu menjauhkan kita daripada sembelit, buasir dan masalah pencernaan lainnya. Serat juga sangat disarankan di dalam diet sihat, diet untuk mengontrol kolesterol, diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes.
Labu juga sangat baik untuk kesihatan buah pinggang dan mampu mencegah penuaan awal kerana mengandung antioksidan dan mengubati bisul.
Labu kaya akan vitamin A, C dan E dan mineral, yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh dan anti radikal bebas. Jadi apa tunggu lagi jom masak 5 aneka sajian kreatif daripada labu nih.
1. PUMPKIN CAKE WITH BUTTERSCOTCH SAUCE
PUMPKIN CAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm puri labu
300gm tepung gandum
250gm gula perang
½ sudu teh esen vanila
2 sudu teh serbuk penaik
150gm marjerin
3 biji telur
150gm cip coklat
BAHAN UNTUK SOS BUTTERSCOTCH:
250gm krim putar
120gm gula perang
50gm mentega
BAHAN UNTUK HIASAN:
Kepingan badam secukupnya
Cip coklat secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kek puri labu; Pukul marjerin dan gula perang hingga kembang di dalam mangkuk. 2. Kemudian masukkan telur, serbuk penaik dan esen vanila, pukul hingga sebati. 3. Seterusnya masukkan puri labu ke dalam adunan tadi dan gaul sebati diikuti tepung gandum. Gaul lagi hingga adunan sekata. 4. Masukkan cip coklat dan gaul sebati. 5. Tuangkan ke dalam Loyang bersaiz 7×7 dan jika inginkan sedikit nipis, gunakan Loyang 10×10. 6. Kemudian taburkan kepingan badam dan cip coklat di atas adunan. 7. Bakar pada suhu 170˚c selama 35-45 minit. 8. Keluarkan setelah kek cukup masak. Sejukkan dan ketepikan.
Untuk membuat sos butterscotch:
1. Cairkan mentega dan masukkan gula perang di dalam kuali leper kecil. 2. Apabila gula perang mula cair, masukkan krim putar dan masak hingga berbuih dan likat. Tutup api dan angkat. 3. Biar sos sejuk dahulu sebelum dipaipkan ke atas kek. Sedia dihidangkan.
Info chefUntuk membuat puri labu; Buang biji dan kulit labu, potong kepada ketulan kecil dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan labu tadi dan kisar hingga menjadi halus.
Saiz Hidangan: 4-6 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Rasa manis butterscotch Jenis Penyediaan: Kek Cara Memasak: Bakar dan reneh Anggaran harga: RM20
2. PAI LABU
BAHAN-BAHAN KULIT PAI:
12gm tepung gandum
55gm mentega
40ml air
Secubit garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Di dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam dan mentega dan ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. 3. Bentukkan kulit pai di dalam acuan pai bersaiz 16 cm. 4. Cucuk dengan garpu di bahagian tengah pai dan bakar pada suhu 180˚C selama 20 minit. 5. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI:
65gm gula
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
½ sudu teh garam
100gm puri labu
100gm susu segar
1 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. 2. Tuangkan ke dalam kulit pai yang dibakar tadi dan bakar semula pada suhu 180˚C selama 50 minit. 3. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk menjimatkan masa, boleh membeli pastri segera yang sedia terjual di pasaran.
Saiz Hidangan: 6-7 orang Waktu Memasak: 1 jam 30 minit Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Aroma kayu manis yang bangkit selera Jenis Penyediaan: Pastri Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM15-RM20
3. BURGER BERGEDEL LABU
BAHAN MEMBUAT ROTI BURGER:
250gm tepung roti/tepung high protein
5gm yis
10gm gula kastor
13gm marjerin
½ sudu teh garam
150gm air
UNTUK HIASAN:
Oat, bijan putih dan bijan hitam secukupnya
BAHAN UNTUK BERGEDEL LABU:
½ kg labu | dibuang kulit dan biji, dipotong.
Sedikit garam
Serbuk lada putih
Daun bawang potong halus
Bawang merah cincang halus
2 biji telur
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat bergedel labu; Potong labu kepada ketulan kecil dan goreng hingga masak dan lembut. 2. Angkat dan lecek labu menggunakan garpu hingga hancur. 3. Perasakan dengan garam dan lada putih. 4. Masukkan daun bawang dan bawang cincang. 5. Bahagikan kepada 15 bahagian. Bulat dan leperkan. Jika lembik, tepukkan sedikit tepung. 6. Celup ke dalam telur dan goreng semula hingga perang keemasan. Angkat, tos dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 7. Untuk membuat roti burger; Satukan bahan kering kecuali garam. Gaul sebati dan barulah masukkan garam. 8. Masukkan marjerin dan gaul sebati. Kemudian masukkan air dan uli hingga menjadi doh. 9. Bahagikan doh kepada 15 biji dengan anggaran berat satu doh 30 gram dan bulatkan. Hiaskan atas roti dengan cara mencelupkan sedikit permukaan roti pada air dan celupkan ke dalam bekas berisi hiasan. 10. Tutup doh dengan plastik atau kain lembap. Biarkan doh kembang kepada dua kali ganda selama lebih kurang 45 minit. 11. Bakar pada suhu 180˚C selama 20 hingga 25 minit sehingga roti perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk. 12. Untuk menyediakan burger; belah di bahagian tengah roti. Letakkan bergedel labu di bahagian tengah dan tambahkan sos dan mayones. Sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga ditambah sayuran seperti daun salad.
Saiz Hidangan: 15 biji mini burger Waktu Memasak: 2 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Rasa lemak labu Jenis Penyediaan: Pastri Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM15-RM20
4. MASAK LEMAK LABU KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
½ biji labu | potong
6 tangkai kacang panjang | potong
1 batang serai
400ml santan cair
400ml santan pekat
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ sudu teh serbuk kunyit
5-10 tangkai cili padi
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kisarkan cili padi, bawang besar dan bawang putih hingga hancur. 2. Masukkan santan cair ke dalam peruk dan tuang bahan kisar ke dalam periuk tersebut bersama serai yang dititik.. Gaul sekata. 3. Masukkan kepingan dan masak hingga kuah mendidih. 4. Apabila labu sedikit lembut, masukkan kacang panjang dan santan pekat. Gaul sebati. 5. Tambahkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan biar ia mereneh. 6. Apabila labu sudah empuk, matikan api dan hidangkan.
Info chef: Boleh lebihkan cili padi jika inginkan rasa lebih pedas.
Saiz Hidangan: 3-4 orang Waktu Memasak: 30 minit Jenis Hidangan: Melayu Keistimewaan: Rasa lemak labu dan santan serasi Jenis Penyediaan: Lauk pauk Cara Memasak: Reneh Anggaran harga: RM10-RM15
5. ROASTED PUMPKIN WITH ITALIAN HERBS
BAHAN-BAHAN:
5 potong labu
1 labu bawang putih | cincang halus
2 sudu makan jus lemon
3-4 sudu besar minyak zaitun
Sedikit serbuk Thyme
Sedikit serbuk Oregano
Sedikit Daun bay kering
Lada hitam secukupnya
Garam secukupnya
Langkah penyediaan: 1 .Susun labu di dalam loyang dan tuangkan minyak zaitun di atas dan sekeliling labu. 2. Taburkan bawang putih cincang dan taburkan herba-herba Itali iaitu Thyme, Oregano dan daun Bay. 3. Taburkan lada hitam, garam diikuti jus lemon. 4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200˚C selama 35 hingga 40 minit hingga labu empuk. 5. Setelah labu masak sepenuhnya, bolehlah keluarkan dan dihidang.
Info chef:Cara memastikan labu sudah empuk, cucuk dengan garpu.
Saiz Hidangan: 3-4 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan: Barat Keistimewaan: Aroma aneka herba yang menambah rasa dalam masakan Jenis Penyediaan: Pencuci mulut Cara Memasak: Bakar Anggaran harga: RM15-RM20
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Ketika cuti sekolah ni, sebagai ibu kita kenalah tarik minat anak-anak makan. Boleh buat bebola donut ni. Nak buat pun senang.
Bebola donut adalah salah satu masakan yang sesuai dibuat untuk sarapan atau minum petang. Nak membuatnya pun senang, cuma kena pastinya tepungnya gebu dan lembut. Barulah sedap.
DONUT BALL CHEZZY LELEH
BAHAN-BAHAN
• 500 ml air suam
• 1 peket mauripan
• 1 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil susu pekat manis
• 1 kg tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 senduk marjerin
• 24 keping keju (dibelah dua)
• Minyak masak untuk menggoreng
• Gula aising
CARA MEMBUAT
1. Air, mauripan, garam dan susu pekat manis disatukan dalam jag. Biarkan sehingga berbuih.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder masukkan bancuhan di dalam jag tadi. Uli 10 minit. Kemudian masukkan marjerin. Uli lagi 10 minit.
3. Biarkan adunan selama 30 minit di tempat panas sehingga kembang.
4. Selepas adunan kembang, tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Kepal doh agak-agak saiz setengah genggam tangan. Kemudian masukkan keju.
6. Goreng dalam minyak masak yang banyak sehingga keperangan.
7. Selepas itu tabur gula aising.
Resipi Oleh Ainul Sara dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!