Resipi Tart Telur Simple & Sedap. Wajib Dicuba

Share

Anda penggemar Tart Telur? Jomlah cuba buat sendiri guna resipi yang dikongsi oleh saudari Nor Al Fatihah T-hah ini. Sangat mudah dan tidak renyah.

Dipetik melalui Wikipedia, Tart Telur atau Tart Kastard Telur adalah berupa pastri yang terkenal dan boleh didapati di Hong Kong dan juga negara Asia yang lain. Tart ini terdiri daripada satu lapisan pastri yang diisi dengn kstard telur yang kemudiannya dibakar.

Sedap kan? Terdapat dua jenis Tart Telur. Satu yang menggunakan doh tepung biasa dan satu lagi menggunakan Puff Pastri dan ia dikenali sebagai Tart Telur Portugis.

Jomlah cuba buat sendiri manisan enak ni. Mudah sahaja cara-caranya. Pasti ramai yang suka dan tak sabar nak hasilkan sendiri. Bak kata empunya resipi, Tart Telur beliau ini teksturnya gebu  dan sedap. Kemanisan yang seimbang dan bila dimakan terasa crunchy

diluar dan lembut di dalam. Best tu! Jom kita mula!

 

CARA MEMBUAT TART TELUR YANG GEBU & SEDAP

BAHAN SHELL TART/CRUST:

 

BAHAN FILLING TELUR:

 

CARA MEMASAK:

1.Shell Tart/Crust: Kacau mentega dan  gula dengan senduk kayu/spatula hingga sebati.

2.Campur telur & esen vanila. Kacau lagi hingga sedikit kembang.

  1. Masukkan tepung gandum & tepung jagung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
  2. Masukkan doh ke dalam plastik wrap. Rehatkan di dalam peti ais selama 20 minit.

5.Filling Telur : Satukan telur, gula, esen vanila, gula, susu cair & pewarna kuning. Kacau dengan whisk hingga sebati.

6.Tuang air panas sambil dikacau untuk elakkan inti menjadi scramble egg. Tapis.

7.Keluarkan doh, canai agak nipis. Masukkan ke dalam acuan aluminium mini. Tekan & kemaskan.

8.Tuang filling hingga agak penuh.

9.Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150°c selama 35-45 minit atau hingga masak. Guna api bawah saja. Masa mungkin berbeza bergantung pada suhu oven masing-masing juga.

10.Sejukkan dulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

 

Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah T-hah

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur