
Pastri yang rangup dipadankan bersama keju yang lembut menjadikan tat ini sangat enak. Buah-buahan segar memberikan rasa yang lebih segar.
BAHAN-BAHAN:
Inti:
- 1 biji buah mangga | dipotong dadu kecil
- 1 biji buah naga merah | dipotong dadu kecil
- 1 biji kiwi | dipotong dadu kecil
- 200gm krim keju
- 50ml krim masakan
- 100gm gula perang
- 1 biji telur
Kulit Tat:
- 1 cawan tepung gandum
- 6 sudu besar mentega sejuk di potong dadu
- ½ cawan air sejuk
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula halus
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
- Kepalkan doh dan bungkus dengan pembalut plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan tat. Cucuk- doh dengan garfu supaya kulit tat masak sempurna. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan kulit seketika.
- Seterusnya putar telur dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan krim keju dan krim putar. Pukul lagi sehingga sebati.
- Tuang bancuhan keju ke dalam kulit pai. Sejukkan seketika dan susun buah buahan mengikut citarasa anda.
- Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti Nan Cheese Leleh Homemade, Sedapnya Setaraf Restoran

Roti nan cheese leleh ini konfim ramai peminatnya, Tak kira kanak-kanak atau pun orang dewasa. Tapi kadangkala nak dapat yang menepati selera pun susah juga. Sedih bila cheese tak banyak pun.
Ini ada alternatifnya. Buat sendiri roti nan cheese di rumah. Boleh bubuh berapa banyak cheese kita nak sampai meleleh!
Tak susah sangat sebenarnya. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Rohani Ahmad ini ye. Boleh buat untuk moreh atau sahur nanti. Selamat mencuba!
Roti Nan Cheese Leleh Homemade
Bahan-bahan:
Bahan A (direndam 10 minit hingga berbuih):
150ml air suam
11gram yis serbuk – boleh beli online di sini
1 sudu besar gula – boleh beli online di sini
Bahan B:
150ml susu suam (full milk cream) – boleh beli online di sini
Bahan C:
300 gram tepung gandum cap Rose
150 gram tepung high protein/tepung roti (boleh guna semua jenis tepung gandum jika tiada tepung roti)
1sudu teh garam halus – boleh beli online di sini
3 sudu besar minyak zaitun/minyak jagung/minyak masak
- Satukan tiga bahan dahulu, minyak masuk last.
Bahan D (Untuk inti):
Mozarella cheese secukupnya – boleh beli online di sini
Bahan Lain (pilihan):
Pure butter
Biji bijan
Cara Memasak Roti Nan Cheese Leleh:

Masukkan tepung dan garam di dalam bekas. Tuangkan bahan A yang telah kembang tadi bersama susu suam (bahan B). Kacau sekejap.
Kemudian masukkan minyak zaitun/minyak jagung/minyak masak. Uli semua bahan hingga jadi doh yang tak melekat pada tangan. Tapi tak perlu elastik.
Kemudian peram doh tersebut selama 1/2 jam. Pastikan bekasnya tertutup.
Setelah kembang, buang angin di dalam doh. Kemudian canai doh menjadi bulat, bahagikan kepada enam bahagian. Jika nak lebih kecil lagi, bahagikan kepada 8 bahagian.
Uli dan bulat-bulatkan keenam-enam biji doh dan rehatkan sekejap dalam 10 minit.

Setelah rehatkan doh, canai dan leperkan. Bubuh cheese mozzarella sebanyak yang kita nak. Kemudian tutup dan bulatkan. Rehatkan selama 10 minit.
Kemudian leperkan dan canaikan. Jangan terlalu nipis.

Bakar di atas dapur di atas kuali leper sahaja. Gunakan api perlahan. Tutup pan agar roti mendapat haba yang secukupnya untuk mengemvang. Kemudian balikkan ia hingga roti masak sepenuhnya.
Selepas masak, sapukan pure butter atas permukaan roti (jika mahu). Nak tabur bijan pun boleh. Terpulang pada kita. Siap.
Boleh makan dengan kuah dhal, parpu, kari dan sebagainya. Makan macam tu je pun dah sedap sangat.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Tart Telur Portugis Sedap Lemak Berkrim, Guna Air Fryer Je
Buat Tose Air Tangan Sendiri, Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Biskut Roti Kering Guna Roti Hampir Tamat Tempoh, Tak Bazir!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Sandwich & Wrap, 2 Menu Sedap Untuk Makan Malam Yang Ringkas.

Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.

SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan daun ketumbar
- 1 ulas bawang putih
- 15gm daun pudina
- 1 sudu makan kacang tanah, dibakar
- 1/3 cawan minyak zaitun
- Garam dan lada hitam secukup rasa
- 1/4 cawan keju cheddar
- 1 biji limau nipis | diambil jus
- 2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
- 1 buku roti Perancis
- 1 biji tomato | dihiris
- 3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
- Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
- Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
- Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
- Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
- Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
- Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.

WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
- 5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
- 250ml santan
- Kepingan tortilla secukupnya
- 5 helai daun salad | dihiris
- Sedikit daun ketumbar | dihiris
- 2 biji tomato | dihiris
- Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
- 2 sudu makan serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam masala
- 1 sudu teh serbuk pala
- 2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
- 1 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 2 biji buah tomato | dicincang
- 3 inci halia | ditumbuk lumat
- 6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
- Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
- Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
- Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Ni Cara Buat Lemon Tart Meringue Dan Biscotti Paling Sedap. Dari Hotel Armada, PJ

Menu bakeri dan pasteri dari Hotel Armada PJ kali ini cukup istimewa. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru.

Ni min kongsikan 2 daripada resipinya, Lemon Meringue Tart dan Pistachio Biscotti. Kalau tart rapuh dan lembut, bicotti sejenis biskut berasal dari Itali ni pulak garing dan ringan.
Cuba tengok 2 resipi, ni ringkas aje bahannya…
1. LEMON MERINGUE TART

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit (sugar dough) :
- 125gm mentega
- 125gm gula
- 50gm telur
- 250gm tepung gandum
- 3gm garam
- 1gm esen vanila
Bahan untuk inti lemon :
- 220gm gula
- 200gm telur
- 1 biji lemon | diambil jusnya
- 260gm mentega
Bahan ‘topping’ meringue:
- 50gm telur putih
- 100gm gula halus
CARA MEMASAK :
Cara buat inti lemon :
1. Didihkan gula dan jus lemon, api perlahan dan kacau
2. Tuangkan larutan jus lemon yang mendidih tadi ke dalam telur. Biarkan sehingga menjadi pekat.
Cara buat meringue (topping):
3. Masukkan putih telur dengan gula ke dalam mangkuk, pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat dan pastikan pukul telur putih dengan kecepatan sederhana dalam ‘mixing bowl’
Cara masak lemon meringue tart:
4. Campurkan tepung, gula mentega dan garam, gaulkan hingga sebati
5. Kemudian masukkan esen vanila dan telur dan adunkan sehingga menjadi doh.
6 .Masukkan ke dalam acuan tart, tekan dan ratakan doh dan di sekeliling acuan.
7. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 15 minit.
8. Tuangkan inti lemon ke atas pai lalu hiaskan dengan meringue.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Keistimewaan : Gabungan rasa masam dan manis yang enak
Info Chef : Bakar kulit tart tidak melebihi 15 minit. Pembuatan pastri tart dan inti yang sedap kunci kelazatan pai
2. PISTACHIO BISCOTTI

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 200gm tepung gandum
- 140gm gula
- 3gm tepung penaik
- 150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit
4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.
5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis
6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup.
7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar selama dua kali
Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali
Keistimewaan : Ringan dan rangup
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
TERIMA KASIH : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Selangor Darul Ehsan,Petaling Jaya, Selangor . www.armada.com.my

