Resipi Tat Keju Lembut Yang Dipenuhi Buah-Buahan Segar. Nyaman!

Share

Pastri yang rangup dipadankan bersama keju yang lembut menjadikan tat ini sangat enak. Buah-buahan segar memberikan rasa yang lebih segar.

 

BAHAN-BAHAN:

Inti:

  • 1 biji buah mangga | dipotong dadu kecil
  • 1 biji buah naga merah | dipotong dadu kecil
  • 1 biji kiwi | dipotong dadu kecil
  • 200gm krim keju
  • 50ml krim masakan
  • 100gm gula perang
  • 1 biji telur

 

Kulit Tat:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 6 sudu besar mentega sejuk di potong dadu
  • ½ cawan air sejuk
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar. Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
  2. Kepalkan doh dan bungkus dengan pembalut plastik.  Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Tabur sedikit tepung dan uli doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan tat. Cucuk- doh dengan garfu supaya kulit tat masak sempurna. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit sehingga masak. Sejukkan kulit seketika.
  4. Seterusnya putar telur dengan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan krim keju dan krim putar. Pukul lagi sehingga sebati.
  5. Tuang bancuhan keju ke dalam kulit pai. Sejukkan seketika  dan susun buah buahan mengikut citarasa anda.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong.
Published by
Nur