Suka makan Tat Nanas? Biskut ini antara yang paling popular dan menjadi kegemaran ramai bila menjelangnya musim perayaan. Bagi anda yang tercari-cari resipi Tat Nanas homemade yang sedap, mudah dan cair di mulut, resipi perkongsian saudari Nadya Nad ni antara yang boleh dicuba. Siap dengan resipi Jem Nanas homemade lagi. Bolehlah buat untuk perayaan Tahun Baru Cina nanti. Selamat mencuba!
RESIPI TAT NANAS HOMEMADE
BAHAN A:
BAHAN B:
HIASAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega, susu pekat manis, minyak sapi dan esen vanilla. Gaul sebati.
2. Masukkan kuning telur dan sedikit pewarna kuning.
3. Tambahkan bahan-bahan A sedikit demi sedikit dan adun hingga menjadi doh yang lembut.
4. Terap doh di atas dulang, sudukan jem nanas dan gulung. Sapu sedikit kuning telur.
5. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 10 minit. Masukkan biskut dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit menggunakan api atas bawah. (Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing)
RESIPI INTI TAT NANAS:
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua baha ke dalam kuali dan masak guna api sederhana hingga air kering dan likat.
2. Sejukkan sebelum digunakan untuk membuat biskut tat nanas.
Kredit resipi & foto: Nadya Nad