Tat telur biasa, saiznya comel-comel je kan? Kalau anda inginkan kelainan, boleh cuba buat Tat Telur saiz besar ni. Sesuai sangat dinikmati sebagai juadah minum petang. Nak jadikan buah tangan pun sesuai. Jom cuba resipi perkongsian saudari Syazwani Awang. Pasti puas hati.
CARA MASAK TAT TELUR GERGASI
BAHAN UNTUK KULIT TART:
- 500gm marjerin / mentega
- 100gm gula halus
- 2 biji telur
- 1 kg tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan kecuali tepung gandum. Kacau sebati menggunakan senduk kayu. Jika nak guna mesin pengadun ( mixer) pun boleh.
- Masukkan tepung agndum sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Jika doh masih lembik, tambah tepung sedikit demi sedikit. Pastikan doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Agak-agak tak melekat di tangan, dah kira ok.
- Masukkan doh tadi ke dalam acuan tart. Tekan dan ratakan hingga kemas.
- Bakar kulit tart pada suhu 180C selama 20 minit. Guna api atas bawah. Bakar jangan sampai terlampau garing. Namun suhu over sedikit berbeza mengikut jenis. Jadi, kenal pasti suhu oven anda.
- Setelah kulit tart masak, angkat dan ketepikan seketika.
BAHAN INTI TART:
- 1 tin susu cair
- 4 biji telur saiz A
- Esen vanilla
- 2 sudu makan tepung kastard
- 4 sudu makan gula
CARA-CARA:
- Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati. Kemudian tapis.
- Tuang bancuhan inti ke dalam kulit tart yang dah siap dibakar tadi.
- Bakar kembali tart menggunakan suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Syazwani Awang