Roti sandwic memang banyak guna. Selain dimakan begitu sahaja, boleh juga hasilkan makanan-makanan lain. Biasanya bila ada lebihan roti ni, hidangan Puding Roti yang menjadi pilihan. Tapi rupanya boleh buat Tat Telur tau! Memang mudah. Jom cuba!
1. Lenyekkan roti sandwic dan potong bulat. Letak dalam paper cup. Jika ada acuan tat, boleh tekap guna acuan tersebut. Bakar pada suhu 200C selama 5-8 minit.
Ads
2. Untuk inti,satukan semua bahan dan kacau hingga gula larut. Tapis.
3. Tuang adunan ke dalam roti yang telah dibakar tadi.
4. Bakar tat sekali lagi pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Bila 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja.
Kalau ada durian di rumah, boleh juga buat bubur kacang hijau durian. Memang sedap. Dah lama rasanya tak makan bubur. Jom kita buat untuk hidangan minum petang nanti mengikut resipi perkongsian saudari Afy AL Habibi.Selamat mencuba!
1. Basuh dahulu kacang hijau dan rendam dalam satu jam. Buang air rendaman tadi dan masukkan air baru dalam 4 hingga 5 cawan. Rebus dengan api perlahan sehingga kacang empuk.
2. Kemudian, masukkan santan pekat. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
3. Untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan.
4. Kemudian, masukkan gula melaka.
5. Masukkan pula beberapa ulas isi durian kampung.
6. Masukkan gula dan garam untuk melemakkan rasa santan. Kuantiti gula bergantung pada citarasa masing-masing. Biarkan kuah mendidih beberapa kali dan kacau sesekali.
7. Tunggu hingga sebati dan boleh tutup api. Siap!
Buah mangga yang telah masak ranum, memang sedap dibuat pulut mangga. Gabungan buah mangga yang manis, dimakan dengan pulut dan dicurahkan santan lemak masin memang padu rasanya.
Untuk membuat pulut mangga yang sedap, ikuti perkongsian resipi daripada Iza Abu Bakar untuk menghasilkan pulut mangga bersantan yang sangat sedap. Jom kita buat. Alang-alang tengah musim buah mangga ni kan. Memang mudah nak dapatkan buah mangga yang manis.
Resipi puding roti yang menggunakan Mega Marshmallow. Memang mudah, ringkas dan enak. 30 minit pun boleh siap. Anda juga boleh menambah hirisan badam panggang dan cip coklat untuk menyedapkan lagi rasa puding.
BAHAN-BAHAN:
1/2 buku roti sandwic
1/2 cawan kismis
1/2 cawan Mega Marshmallow
4 biji telur | dipukul sedikit
1 tin susu cair
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
Sapukan mentega pada roti. Kemudian potong dadu.
Susun roti dalam loyang yang telah dioles dengan mentega dan tabur kismis.
Kemudian susun lagi roti, tabur kismis dan Mega Marshmallow sehingga habis.
Di dalam bekas berlainan, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit.