Kalau anda ingin buat bisnes dari rumah, boleh cuba buat menu tauhu bergedel ini. Rasanya sedap dan pastinya menarik lebih ramai pelanggan.
Hidayati Hana kongsikan resipi ini di facebook group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya.
BAHAN INTI
Minyak untuk menumis
1 labu bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar
Garam secukupnya
Daun sup (dicencang)
Lada hitam secukupnya
Lada sulah secukupnya
Ubi kentang (rebus dan lecek)
CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumiskan bawang holand sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam.
3. Apabila ayam telah masak, masukkan garam dan daun sup.
4. Masukkan lada hitam dan lada sulah.
5. Matikan api dan angkat.
6. Ambil bekas besar. Masukkan kentang yang dilenyek tadi.
7. Campurkan kentang lenyek dengan tumisan isi ayam. Gaul rata-rata.
8. Masukkan garam secukup rasa. Gaul lagi. Siap.
BAHAN PENYEDIAAN
Tauhu kering secukupnya
Telur ayam secukupnya
Garam secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT PENYEDIAAN
1. Ambil tauhu. Potong bahagian atasnya.
2. Ambil sejemput inti tadi. Bentukkan bulat-bulat.
3. Masukkan ke dalam tauhu yang telah digunting tadi.
4. Ambil telur ayam dan pukulkan dengan sedikit garam.
5. Panaskan minyak masak.
6. Celupkan tauhu ke dalam telur ayam dan goreng dalam minyak masak yang cukup panas.
7. Angkat apabila tauhu telah garing. Siap!
BAHAN CILI KICAP
Minyak masak untuk menggoreng
Cili padi hijau (bergantung kepada kepedasan yang dimahukan)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Garam dan gula
Kicap secukupnya
CARA MEMBUAT CILI KICAP
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Goreng cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih.
3. Angkat apabila cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih kelihatan sudah layu.
4. Masukkan ke dalam blender cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan juga garam dan gula serta kicap.
6. Kisar semua bahan. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air panas.
7. Siap.
Selamat mencuba! Selamat berbisnes!
Sumber: Rasa Share Resipi