Sekarang ramai yang cuba-cuba buat bisnes makanan dari rumah. Masakan homemade ni memang sedap kan? Kali ni RASA kongsikan resipi tauhu bergedel yang sesuai untuk dijadikan bisnes.
Rasanya sedap, mantap dan sudah pasti pembeli akan repeat order. Walaupun untuk bisnes, bukan bermaksud kita kurangkan mana-mana kuantiti. Kita kena masak sedap macam nak makan sendiri, kan?
Semoga anda semua yang ikut resipi ini akan dimurahkan rezeki. Jom try buat dulu, kemudian boleh try buat jualan.
TAUHU BERGEDEL
BAHAN-BAHAN
3 biji ubi kentang (rebus dan lecek)
Minyak masak untuk menumis
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 pek isi ayam kisar (boleh juga guna daging)
Garam secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dicencang)
Lada sulah
Lada hitam
1 bungkus besar tauhu kering
3 biji telur ayam
Ads
CARA MEMBUAT
1. Rebus kentang dan lenyekkan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang holland sehingga layu.
3. Masukkan isi ayam. Kacau rata.
4. Apabila ayam sudah masak, masukkan garam, daun sup, daun bawang, lada sulah dan lada hitam. Kacau rata seketika.
6. Masukkan kentang yang sudah dilenyek tadi. Gaul rata. Matikan api dan angkat.
7. Ambil tauhu dan potong bahagian atasnya.
8. Bulatkan inti ayam dan masukkan dalam tauhu. Buat sampai habis semua tauhu dan inti.
9. Pecahkan telur ayam dan masukkan sedikit garam. Pukul telur.
10. Celupkan tauhu ke dalam telur ayam. Goreng dalam minyak masak yang banyak. Biarkan garing dan angkat.
CILI KICAP
BAHAN-BAHAN
Sedikit minyak masak
Cili padi hijau (bergantung kepedasan yang dimahukan)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya
Gula
Garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng cili padi hijau, bawang merah dan bawang putih. Selepas layu, angkat.
2. Masukkan cili padi hijau, bawang merah dan putih tadi dalam pengisar. Kisar semuanya hingga hancur.
3. Masukkan dalam mangkuk.
4. Tuangkan kicap manis. Masukkan gula dan garam. Kacau sebati.
5. Kalau pekat sangat, boleh tuangkan sedikit air panas. Kacau rata.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari Deepavali dah lama berakhir tetapi maruku memang sentiasa ada sepanjang masa. Kudapan kesukaan rakyat Malaysia ni . Buat Dr Pushpa Rao resipi Maruku warisan ibu dan olahannya sendiri sentiasa menjadi piihan.
Meh cuba resipi yang dikongsikan Pushpa ni memang berbaloi dicuba, memang rangup.
1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Secubit serbuk hing (asafoetida) – beli online DI SINI
Santan dari 1/2 kelapa
CARA MEMASAK : 1.Kacau semua bahan2 diatas sampai jadi macam dough chappati 2. Guna acuan muruku untuk hasilkan muruku yang bulat-bulat begini dan goreng sehingga kuning keemasan
Kepal isi ayam kisar, sebatikan dengan bawang, sayur jika suka pastu goreng. Laju aje budak-budak makan ayam kepal mini, senang masuk mulut.
Jom tengok resipi mudah dari Zuraida Muhamad @ Kak Ura ni pasti lazat dan mengenyangkan. Yang penting bebas MSG dan bahan ramuan homemade terbaik
AYAM KEPAL MINI OLEH KAK URA
BAHAN-BAHAN :
Isi ayam atau ayam kisar
bawang
roti keping
lobak (x letak pun x pe)
kepingan keju (xletak pun xpe)
garam sikit
serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Kak ura blend je bahan2 tu. Tapi cheese dan serbuk roti tu , jangan blend skli tau (kak Ura guna blender kering tu je)
2.Dah siap blend tu, kepal2 je bahan blend tadi.. Kalau nk ltk cheese , buat macam cekmek tu. Pastu isi lah cheese ( nak buat dengan cara sendiri pun xpe )
.
3.Sebelum nak goreng. Salut dengan serbuk roti.
4.Goreng sampai masak.
.
Dah siap!! Senang kan?!
Cuti sekolah ni ajak anak-anak sekali pun lagi seronok. Selamat mencuba!!
Wow…mudah rupanya buat mentega kacang atau peanut butter homemade. Bagi anda yang mementingkan makanan sihat atau sedang diet, bolehlah cuba buat resipi peanut butter perkongsian saudari Aida Razalli. Sesuai digunakan seisi keluarga.
RESIPI PEANUT BUTTER HOMEMADE TANPA PENGAWET & GARAM
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang – guna kacang shandong untuk rasa lebih sedap.
1 sudu makan minyak sayuran
1 sudu makan madu – optional untuk rasa manis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar kacang selama 10 minit sehingga kacang nampak kekuningan.
2. Jika kacang dibakar bersama kulit coklatnya, pastikan kulit kacang dibersihkan sepenuhnya sebelum dikisar.
3. Masukkan kacang ke dalam pengisar. Kemudian masukkan minyak masak dan juga madu. 4. Kisar kacang bakar tadi sehingga tekstur kacang menjadi halus dan nampak berkrim. Masa mengisar bergantung kepada kualiti pengisar anda. 5. Jika sudah mendapat tekstur halus dan berkrim yang dihendaki, maka peanut butter anda telah siap.
6. Masukkan peanut butter yang telah siap dalam balang dan simpan dalam peti sejuk. 7. Jika mahukan tekstur peanut butter yang kasar, anda boleh asingkan sedikit kacang bakar tadi dan kisar kasar. Kemudian campurkan ke dalam peanut butter halus tadi. 8. Peanut butter tanpa pengawet ini boleh tahan sehingga 2 – 3 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk dan teksturnya akan kekal lembut.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.