Makan

Resipi Tauhu Berkeju Mudah, Sedap & Anti Gagal

Share

Tauhu Berkeju ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak buat. Sebenarnya, mudah saja. Boleh cuba resipi ini, gerenti menjadi dan sedap. Cuma, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk buat keju ni lagi wow! Selamat mencuba.

 

TAUHU BERKEJU

Bahan-bahan:

  • 10 biji tauhu kering
  • 1 biji bawang merah | kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | kisar kasar
  • 200gm daging kisar | digoreng
  • 5 biji kentang | potong kiub dan goreng hingga lembut
  • 30gm daun sup | dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 2 biji telur
  • 80gm Perfect Italiano Mozzarella
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara Memasak:

  1. Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
  2. Gaul kentang lenyek, daging kisar yang telah digoreng, bahan kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk perasa dan keju Perfect Italiano Mozzarella
    .
  3. Sumbatkan di dalam tauhu, celup di dalam telur dan goreng hingga masak.
  4. Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Drink Tropical Fruits.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma