Resipi Tauhu Berlauk Paling Mudah, Sedap & Mengenyangkan.

Share

Sedapnya Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Shaiela Ehin. Pasti puas hati.

RESIPI TAUHU BERLAUK PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket tauhu telur / tofu telur
  • 2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
  • 2 biji telur
  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 sudu makan garam
  • 1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
  • Lobak merah secukupnya
  • Daun sup secukupnya
  • Daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur.


2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.


3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.


4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.


5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.

6. Enak dinikmati bersama sambal kicap.

Kredit resipi & foto: Shaiela Ehin

Published by
Nur