
Isi Kandungan
ToggleResipi Tauhu Berlauk dan sambal kicap sedap serta paling mudah disediakan! Kalau nak tahu, menu ini antara yang cepat disiapkan dan tak renyah. Kalau buat lebih, boleh disejukbekukan. Bila nak makan, terus goreng je kan. Resipi yang dikongsi saudari Aisyah Humaira ini menggunakan bahan yang senang didapati dan juga murah. Jom cuba!
RESEPI TAUHU BERLAUK CICAH SAMBAL KICAP
BAHAN KISAR:
3 keping tauhu petak biasa
3 batang tauhu telur
1 peket tauhu lembut
3 biji telur
1 ketul kiub pati ayam – beli online di sini
*Kisar semua bahan di atas hingga lumat
BAHAN SAYUR / ISI:
1 mangkuk isi ayam
3 tangkai daun bawang | dihiris
1 biji bawang holland | potong dadu – beli online di sini
1 biji lobak merah | disagat & hiris halus
1 paket cendawan butang | dihiris nipis – beli online di sini
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Gula & garam Saji secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas besar, tuang bahan kisar dan satukan semua sekali bahan-bahan berbaki.
2. Kacau sebati dan kukus selama 15-28 minit atau hingga masak.
3. Setelah sejuk, bolehlah dipotong-potong kecil.
4. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, celup tauhu dalamnya.
5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng tauhu yang sudah dicelup tadi dengan api sedang hingga perang.
6. Dah siap. Sedia dimakan bersama sambal cili kicap.
BAHAN SAMBAL KICAP:
10 biji cili padi (kalau suka pedas, boleh lebihkan)
4 biji bawang putih
Kicap lemak manis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng semua bahan hingga layu bersama kicap. Untuk sukatan kicap, saya agak-agak saja. Sambal kicap siap!
Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Yong Tau Fu Homemade Ala Pasar Malam Dengan Kuah Super Sedap

Sedapnya Yong Tau Fu. Lebih sedap lagi jika dapat makan ramai-ramai bersama keluarga. Hidangan ini jika dibeli, agak mahal harganya lebih-lebih lagi jika dibeli dalam kuantiti yang banyak. Jika keluarga besar, atau bercadang menjamu tetamu memang tak puas makan. Cubalah masak sendiri. Tak susah pun untuk buat kuahnya. Lagi jimat malah boleh makan puas-puas. Saudari Nazuhaina Azu ada kongsikan resipi kuah hitam dan kuah merah Yong Tau Fu yang sangat sedap. Selamat mencuba!
CARA MASAK HOMEMADE YONG TAU FOO
BAHAN-BAHAN:
Aneka bebola, sosej, kek ikan dan fucuk kegemaran
Kangkung
Bijan secukupnya – disangai – beli online disini
RESEPI KUAH HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan taucu – beli online disini
2 sudu makan tepung jagung – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
3 sudu makan kicap pekat – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
4-5 sudu makan gula – beli online disini
3 cawan air
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga taucu menjadi halus.
2. Tuang bahan kisaran ke dalam periuk dan masak hingga mendidih sekejap dan pekat.
3. Angkat dan ketepikan.
RESEPI KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan kacang tanah yang sudah digoreng – beli online disini
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
4- 5 sudu makan gula
3 cawan air
1/4 sudu makan garam
3 sudu makan cili kisar – beli online disini
2 ulas bawang putih – diketuk – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan kecuali cili kisar dan bawang putih ke dalam pengisar. Kisar hingga kacang menjadi halus.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih yang diketuk. Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu kering.
3. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi. Masak sekejap bagi kuah agak pekat dalam 5 minit.
4. Kuah merah siap disediakan.
CARA MENGHIDANG:
1.Panaskan air dalam kuali dan celur seua bebola, kek ikan, hotdog dan kangkong. Toskan airnya. Sangai juga bijan hingga keperangan.
2. Kuah Yong Tau Foo ini boleh dimakan bersama aneka bebola, hotdog, sayur, sotong kangkung dan lain-lain.
2. Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya. Tabur bijan yang telah disangai.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Nazuhaina Azu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kongsi Resipi Singgang Ikan Selar Cara Mak. Simple Je Tapi Sedap!
Sandwic Tuna Telur Mayo. Resipi Mudah & Sedap Dinikmati Bila-Bila Masa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
8 Resipi Snek Boleh Buat Untuk Anak Sempena Cuti Sekolah.

Koleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, bila tibanya cuti sekolah, riuh rendah rumah dibuatnya. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Memang meriah! Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.
Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.
1. NUGGET AYAM TEMPURA
BAHAN-BAHAN:
- 700gm isi dada ayam | potong kecil
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah saiz sederhana
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
- Tepung goreng serbaguna secukupnya
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noor Liyana
2. CHEWY CHEESE SPINACH
BAHAN-BAHAN:
- 250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
- 250gm krim keju
- 1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
- 1 sudu makan mentega
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
- 1 sudu teh garam halus
BAHAN SALUTAN:
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur | dipukul
- 1 cawan serbuk roti oren
Nota:
** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh.
** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh.
** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya.
** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus.
** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Kredit resipi & foto: Asha Zainudin
3. ROTI JOHN MINI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging kisar
- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 2 biji ubi kentang | potong dadu
- 1 kiub pati ayam
- 1 paket kecil rempah sup
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan marjerin / mentega
- Daun sup dan daun bawang secukupnya
- Roti frankfurter
- Mayones secukupnya
- Sos cili secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega @marjerin .
2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.
4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.
5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.
6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.
7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.
8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.
9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.
10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.
11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.
13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.
14. Sapukan mayones dengan secukupnya.
15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.
16. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar
4. TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
- Ketumbar
- Jitan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
- Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
- Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
5. BEGEDIL AYAM
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
- 5kg kentang
- 1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
- 200g bawang goreng
- 200g daun sup
- Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
- garam
- gula
- serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
Kredit resipi & foto: Izany Izhas
6. SOSEJ AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
- 1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon
7. CHEESY BALL
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji ubi kentang
- 1 blok keju mozarella | dipotong kiub
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.
4. Bulatkan adunan sebegini.
5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.
7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.
9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.
10. Sedia untuk dinikmati. Mengancam sungguh!
Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad
8. TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Churros Ball Rangup Di Luar Lembut Berongga Di Dalam

Isi Kandungan
ToggleChurros ball yang rangup di luar, lembut berongga. Cicah pula dengan sos coklat yang super yummy. Aduh. Sekali masuk mulut, tak boleh berhenti. Sosnya pekat likat dan manisnya sedang-sedang elok saja.
Boleh cuba resipi dikongsikan oleh puan Shima Bakar ini ye. Anak-anak gerenti suka.
Churros Ball Rangup Di Luar Lembut Berongga Di Dalam
Bahan Untuk Doh:
Tepung gandum – boleh beli online di sini
Mentega – boleh beli online di sini
2 biji telur
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Air
Minyak masak (untuk menggoreng) – boleh beli online di sini
Bahan Sos Coklar Likat:
300gm susu cair – boleh beli online di sini
3 sudu besar gula – boleh beli online di sini
2 sudu besar serbuk koko – boleh beli online di sini
800gm milk choc Beryls (dark choc pun boleh) – boleh beli online di sini
2 sudu kecil tepung jagung – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Untuk membuat doh, satukan air, mentega, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
Kecilkan api, masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
Apabila sudah sebati membentuk doh, padam api.
Pindahkan ke dalam mangkuk.
Masukkan telur. Mix hingga sebati. Boleh juga gaul dengan senduk jika larat.
Bila adunan dah sebati, pindahkan ke dalam bekas. Setelah itu masukkan ke dalam piping bag. Guna nozzle 9 FT.
Masukkan nozzle dalam satu lagi piping bag.
Masukkan piping bag doh ke dalam piping bag nozzle. Jangan lupa potong dulu hujung piping bag yang ada doh tu.
Panaskan minyak, api sederhana. Paipkan doh sepanjang 1 inci. Kacau supaya doh masak sekata.
Doh yang cukup masak, warna kuning keemasan. Toskan dan Pindahkan ke dalam bekas beralas tisu. Ketepikan.
Untuk memasak sos coklat; Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung dan gula. Nyalakan api sederhana dan masak hingga sebati dan pekat. Mesti setiasa kacau ya. Dah pekat. Masak hingga mula meletup-letup.
Masukkan chocolate coin. Kacau hingga coklat cair dan sebati. Padam api. Siap.
Seeloknya rehat sos hingga agak sejuk. Sos yang sejuk akan jadi lebih pekat dan melekat. Boleh juga buat sos awal, kemudian baru buat churros. Selamat mencuba.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bubur Candil Hidangan Pemanis Mulut Yang Sedap Dan Cantik Dipandang
Buat Agar-Agar Kering Ketika Musim Panas, Memang Cepat Keringnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official