Makan

Resipi Tauhu Berlauk Sedap Paling Mudah & Jimat Kos

Share

Sedap Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Fazilah Malik. Pasti puas hati.

CARA MASAK TAUHU BERLAUK SEDAP PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

2 paket tauhu telur / tofu telur
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih – beli online disini


Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur.
2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.

4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.

5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.

6. Enak dinikmati bersama sambal kicap.

Kredit resipi & foto: Fazilah Malik

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur