Resipi Tauhu Berlauk Viral Paling Sedap & Mudah Disediakan!

Share

Ini dia resipi tauhu berlauk viral yang sedap dan paling mudah disediakan!

Sesuai dengan cuti sekolah ketika ini, menu ini antara yang cepat disiapkan dan tak renyah. Kalau buat lebih, boleh disejukbekukan. Bila nak makan, terus goreng je kan.

Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, menggunakan bahan yang senang didapati dan juga murah. Jom kita buat!

 

TAUHU BERLAUK VIRAL

BAHAN KISAR:

3 keping tauhu petak biasa
3 batang tauhu telur
1 peket tauhu lembut
3 biji telur
1 ketul kiub pati ayam – beli online di sini
*Kisar semua bahan di atas hingga lumat

BAHAN SAYUR/ISI:

1 mangkuk isi ayam
3 tangkai daun bawang | dihiris
1 biji bawang holland | potong dadu – beli online di sini
1 biji lobak merah | disagat & hiris halus – beli online di sini
1 paket cendawan butang | dihiris nipis – beli online di sini
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Gula & garam Saji secukup rasa

 

Dapatkan Muzy 3 layer Anti Dust Dish Storage Box dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas besar, tuang bahan kisar dan satukan semua sekali bahan-bahan berbaki.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Kacau sebati dan kukus selama 15-28 minit atau hingga masak.

3. Setelah sejuk, bolehlah dipotong-potong kecil.
4. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, celup tauhu dalamnya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng tauhu yang sudah dicelup tadi dengan api sedang hingga perang.


6. Dah siap. Sedia dimakan bersama sambal cili kicap.

BAHAN SAMBAL KICAP:

10 biji cili padi (kalau suka pedas, boleh lebihkan)
4 biji bawang putih
Kicap lemak manis (saya guna jenama Saji)

CARA MENYEDIAKAN:

Goreng semua bahan hingga layu bersama kicap. Untuk sukatan kicap, saya agak-agak saja. Sambal kicap siap!

Kredit resipi: Aisyah Humaira

 

Kelas Online Rasa kini kembali & ia PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.

Kelas Online Minum Petang

Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)

Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI  

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff