Kalau buat tauhuhomemade ni memang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Ummu Ashraf.
CARA-CARA MEMBUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 500gm kacang soya (rendam semalaman) – beli online disini 2.5 liter air Jus dari 3 biji lemon
1.Bersihkan kacang soya kemudian rendam semalaman.
2. Kisar kacang soya sedikit demi sedikit bersama air. Kisar hingga jadi halus dan berkrim.
3. Tapis kisaran soya tadi untuk ambil susu soya sahaja. (Empunya resipi guna hampas soya untuk buat Kuih Vadai)
4. Perah kisaran soya menggunakan kain supaya dapat banyak susu soya.
Ads
5. Kacang kisar boleh diperah dua kali. (empunya resipi kisar kacang soya dua kali. Maknanya, kisar sekali, kemudian perah. Bila habis semua kacang dikisar, ambil hampas kisaran pertama tadi, tambah air dan kisar sekali lagi & perah) 6. Masak susu soya hingga berasap dan mula nak mendidih.
7. Potong 3 biji lemon dan ambil jusnya sahaja.
8. Sambil tu, buang buih-buih yang timbul dari susu soya yang direbus tadi.
9. Bila susu soya mula mendidih, kecilkan api dan tuang jus lemon tadi. Matikan api. Kacau.
10. Susu akan mengental. Tutup periuk dan biarkan antara 10-15 minit. (Kalau lepas masuk jus lemon, susu tak mengental, didihkan susu semula dan tambah sikit lagi jus lemon). 11. Selepas 10-15 minit, susu tadi terbahagi pada curds soya dan air jernih. Gunakan “slotted spoon” untuk asingkan curds ke dalam bekas yang telah dialas kain bersih.
12. Lipat kain disekeliling tauhu dengan ketat.
13. Masukkan dalam bekas yang sama saiz dengan tauhu tadi. Tindihkan dengan ibu lesung.
14. Biarkan dalam 20 minit atau lebih. Tauhu homemade siap disediakan.
Kalau pergi ke kopitiam, paling min suka roti bakar bersama seri kaya yang disapu di tengah-tengah roti tu. Memang sedap!
Manis sedang-sedang dan berlemak. Memandangkan kita masih belum dine-in di kopitiam, apa kata jom kita buat sendiri seri kaya untuk dimakan bersama roti bakar di rumah. Barulah puas hati dapat merasa bersama seisi keluarga.
Menerusi resipi yang dikongsi Julia ALien Aireish ini, cara membuatnya sangat mudah.
SERI KAYA KARAMEL HOMEMADE
BAHAN A:
1 cawan santan pekat – guna 1 kotak kecil santan AYAM BRAND 2 sudu besar tepung jagung – beli online di sini
BAHAN B : GULA HANGUS 1/2 cawan gula pasir – beli online di sini 1/2 cawan air panas
BAHAN C :
3 biji telur A atau B 3/4 cawan gula pasir
BAHAN D :
1 helai daun pandan – disimpul, untuk naikkan lagi aroma yang sangat harum
CARA-CARANYA :
1. Bahan A : satukan bahan, kacau hingga licin tidak berketul, ketepikan. 2. Bahan C : satukan bahan, kocok bahan hingga gula hancur dan berbuih.
3. Bahan B : dalam kuali atau periuk masukkan gula, masak gula hingga menjadi karamel cantik warna golden kemudian tuang air panas perlahan-lahan sambil mengacau hingga karamel licin. 4. Masukkan daun pandan, diikuti bahan C masukkan sedikit-sedikit sambil mengacau guna whisk tanpa henti hingga telur habis.
5. Tuang bahan A, masukkan sedikit-sedikit sambil megacau tanpa henti hingga santan habis. 6. Teruskan lagi mengacau lebih kurang 15 minit api sederhana. Kacau hingga pekat terus tutup api. 7. Sejukkan dahulu sedia digunakan.
Sebut sahaja Kuih Siput sama ada yang berempah atau lemak manis, ramai yang menyukainya. Rangup dan enak. Sekali makan, memang ralit dibuatnya. Nak buatnya pun mudah je. Hanya menggunakan 5 bahan mudah, anda sendiri boleh hasilkan untuk kudapan suami dan anak-anak. Lagipun jika buat secara homemade memang lebih sedap, rangup dan puas makan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Azliza Mohamed ni. Berbaloi sangat.
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin ke dalam bekas bersesuaian. Gaul sebati semuanya. 2. Kemudian campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung tadi. Uli hingga jadi doh. Pastikan doh tidak keras dan tidak lembut.
3. Bila doh sudah sebati, bolehlah gentle-gentel doh menjadi bebola kecil terlebih dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
4. Bila semuanya siap digentel dan diterap, panaskan minyak dengan banyak, goreng Kuih Siput hingga keperangan.
5. Angkat, toskan minyak dan sejukkan. Kuih Siput memang sangat sedap, rangup dan lemak manis.
Biskut paling simple dan sedap,anak-anak pun suka. Ada yang panggil biskut cornflakes nestum atau biskut diet,sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.
Bahan-bahan
300gm cornflake (beli dekat bakery je,kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
500gm / 1 paket nestum
6 sudu makan madu
250gm @ 1 cwn majerin cap pelangai(nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah,ini sebab mak n abah nak makan manis kena kurangkan..hihi)
Cara membuat:
1.Ramas conflakes sehingga hancur… (mnja2 je)kemudian masukkan nestum.
2.Gaul madu, gula dan majerin sehingga sebati(guna snduk je)
3.Masukkan majerin, madu n gula yang dah sebati ke dalam conflakes dan nestum tadi.
4.Gaul sehingga kelihatan melekat n basah2 sikit.
5.Masukkan ke dalam acuan mini muffin..dan Padatkan dengan cawan
6.Bakar pada suhu 200°c selama 10minit.. Bgntung pada oven masing-masing.(pnaskan oven selama 10 mnit sblm tu ye)
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.