Resipi Tauhu Kukus Goreng Special Kak Ida Siap Guna Acuan, Menarik!

Share

Resipi tauhu goreng yang menarik untuk dicuba. Sangat menarik dan nampak sungguh menyelerakan untuk sajian makan malam atau sebagai menu tambahan untuk hidangan mi sup atau soto. Anak-anak mesti sukannya. Selamat mencuba!

RESIPI TAUHU GORENG SPECIAL KAK IDA’s STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • Tauhu telur/ tauhu puteh
  • Bawang besar/ bawang puteh
  • Isi ayam/ kari daging/daun kari/ daun ketumbar
  • Tomato/ cili benggala/ daun bawang
  • Telur

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan daun kari, bawang yang di potong dadu, rempah kari kemudian masukkan sedikit air.
  2. Selepas naik bau, masukkan ayam kisar dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Kisar tauhu telur dan tauhu puteh hingga halus, kemudian kisar pula bahan yang telah dimasak tadi.
  4. Gaulkan bahan kisar tauhu dengan bahan kisar masak tadi sehingga sebati.
  5. Tambahkan telur yang dikacau dan gaul. Masukkan semua sayuran yang telah dipotong kacul tadi dan perasakan dengan sedikit garam. Gaulkan.
  6. Masukkan dalam acuan apam atau ikut suka nak masuk acuan apa pun.
  7. Kemudian masukkan dalam pengukus dan tunggu sehingga masak.
  8. Setelah sejuk, sediakan pula bahan untuk menggoreng. Sediakan telur, sedikit garam dan lada sulah, kacau.
  9. Celupkan tauhu yang dah sejuk keladam telur dan goreng dengan api yang panas.
  10. Siap!

Kongsi resipi: Kak Ida’s Kitchen

Lihat cara memasak di bawah:

Published by
Mastura Abu Kassim