Resipi Tauhu Ringkas Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Share

Tauhu sering diolah menjadi menu berkhasiat. Ia menjadi sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.Tauhu putih teksturnya lebih padat dan sesuai untuk hidangan berkuah, campuran dalam masakan dijadikan bergedel dan nugget. Manakala tauhu kuning teksturnya lebih kenyal, padat dan lembut. Ia tidak mudah hancur berbanding tauhu putih.Bila digoreng luarnya rangup dan isinya lembut.

TAUHU TELUR TUMIS DAGING CINCANG

BAHAN-BAHANNYA:

3 batang tauhu telur
12 kuntum cendawan butang (boleh guna yang dalam tin, toskan airnya)
1 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar air
1 cawan daging cincang, taruk dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok daun bawang, hiris
1 biji kecil cili merah, buang biji dan dadu kecil
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN SOS (DISATUKAN):

2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap lemak manis
1/4 camca teh minyak bijan
1/2 camca teh serbuk lada sulah (che mat tambah)
CARA MEMBUATNYA:

1.Tauhu telur di potong 5 atau 6 setiap 1, kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
2.Satukan tepung jagung dengan 2 camca besar air dan kacau rata. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur.
3.Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Cendawan butang dihirs 3 setiap 1 biji, kemudian goreng sekejap hingga layu, angkat dan toskan. Ketepikan
4.Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan dalam anggaran 2 camca besar.
5.Tumis bawang putih hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. Masukkan bahan2 sos dan juga air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
6.Baki terpung jagung untuk menggoreng tauhu telur tadi, boleh dimasukkan ke dalam kuah.
Kacau dan masak hingga pekat. Kemudian boleh tambah tauhu telur dan cendawan tadi. Gaul hingga rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah yang didadu sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas. Selamat mencuba!!


**terung juga enak dimasak cara begini. Bagi yang tak makan daging lembu, gantikan saja dengan daging ayam

Kongsi resipi & ganbar: tiffinbiru

TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:

1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram


5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
2.Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
3.Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
4.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5.Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
6.Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.

INfO CHEF:

Sebaiknya, kukus terlebih dahulu lebih kurang lima minit.

TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:

2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1.Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
2.Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
3.Kemudian kacau hingga sebati.
4.Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
5.Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
6.Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
7.Tauhu goreng siap dihidangkan.

INFO CHEF:

Gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng tauhu bagi memastikan minyak meliputi tauhu.

 

Published by
Putri Adila Saari