Resipi Tauhu Telur Berlado Petai, Masak Macam Ni Barulah Best

Share

Sedapnya menu Tauhu Telur Berlado Petai ni. Lauk sangat ringkas namun rasanya sangat padu. Memang terbaik. Kadang-kadang, tidak perlu lauk pauk yang mewah dan mahal untuk membuka selera. Hidangan ringkas begini ada kalanya lebih memuaskan hati. Makan pula dengan nasi panas-panas, memang terbaik. Dah lapar? Jomlah masak resipi perkongsian saudari Khairunnisa Ahmad

ni. Selamat mencuba!

CARA MASAK TAUHU TELUR BERLADO PETAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tiub tauhu telur – potong kecil
  • Petai secukupnya
  • Udang – kalau nak letak
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukupnya

BAHAN SAMBAL:

  • Cili padi hijau – ikut suka nak banyak mana
  • 1 tangkai cili merah – saja letak untuk menaikkan warna
  • 3/4 biji bawang holland – bawang merah biasa pun boleh
  • 3 ulas bawang putih
  • Belacan secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka

CARA MEMASAK:

1.Satukan bahan-bahan sambal. Kisar hingga halus.

2. Panaskan minyak masak dan goreng tauhu telur terlebih dahulu hingga kekuningan. Angkat.

3. Seterusnya tumis bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam, ajinomoto, petai, udang dan akhir sekali masukkan tauhu telur yang sudah digoreng.

5. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Khairunnisa Ahmad

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur