Makan

Resipi Teh Tarik Butter Yang Lazat & Creamy

Share

Kalau anda pencinta Teh Tarik, wajib cuba Teh Tarik Butter yang creamy ni. Bila ditambah Anchor Salted Butter, memang wangi terus Teh Tarik kita. Rasa pun lemak-lemak berkrim. Memang wajib cubalah nanti.

TEH TARIK BUTTER

Bahan-bahan:

  • 6 uncang teh
  • 800ml air
  • 15gm Anchor Salted Butter
  • 6 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan Fernleaf Susu UHT
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara Memasak:

  1. Di dalam periuk, panaskan air dan masukkan uncang teh. Reneh atas api sederhana selama 10 minit sehingga teh pekat. Bila sudah mendidih, masukkan susu pekat manis, Fernleaf Susu UHT dan esen vanilla. Kacau rata.
  2. Tuangkan ke dalam jug dan boleh ‘tarik’ teh tadi
  3. Letakkan potongan Anchor Salted Butter di atasnya di dalam setiap cawan dan sedia untuk dinikmati.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma