Resipi Telur Dadar Berkeju Yang Ringkas, Sedap & Berkhasiat

Share

Telur Dadar sememangnya antara hidangan kegemaran ramai. Menu yang cepat, mudah dan ringkas. Jom kita olah dengan menambah keju pada hidangan ini. Pasti lebih enak dan mengenyangkan. Nak lebih sedap, gunakan Anchor Cheese Slice. Keju yang diperbuat daripada susu dari New Zealand ini kaya dengan protein dan kalsium yang sesuai untuk seisi keluarga. Cubalah, pasti mereka suka.

TELUR DADAR BERKEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping Anchor Cheese Slice
  • 5-6 biji telur size besar
  • 75gram Anchor Cooking Cream
  • 30gram Anchor Unsalted Butter
  • ½ cawan parutan lobak merah
  • ½ biji cincangan bawang besar
  • 1 batang daun bawang – cincang
  • 1 biji cili merah – cincang
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk besar, pukul telur bersama Anchor Cooking Cream hingga sebati. Tambah garam dan lada sulah secukupnya.
  2. Masukkan parutan lobak, cincangan bawang besar, cincangan daun bawang dan cili merah. Gaul sebati.
  3. Panaskan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali leper non stick. Tuang bancuhan telur tadi lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian.
  4. Letakkan kepingan Anchor Cheese Slice di atas telur dadar dan biarkan 2-3 minit di atas api hingga keju cair sedikit. Tabur lebihan cincangan daun bawang untuk hiasan.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Naqiyatul Uzma