Resipi Telur Dadar Terung Bakar Sangat Sedap. Guna 2 Bahan Je

Share

Ada bermacam-macam resipi telur dadar tapi pernah tak anda cuba resipi Telur Dadar Terung Bakar? Sangat mudah resipi ni dan hanya menggunakan 2 bahan utama sahaja iaitu telur dan juga terung yang diperisakan dengan garam. Rasanya memang sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas bersama nasi putih hangat, ini ada resipi best

yang dikongsi oleh saudari Jastia Taza ni. Nampak sempoi je tapi memang enak. Anda boleh cuba. Cubalah. Anda pasti puas hati dengan rasanya. Jika mahukan rasa lebih enak, boleh dihidang bersama air asam atau sambal belacan.

 

CARA MASAK TELUR DADAR TERUNG BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.

2. Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.

3. Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.

4. Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.

5. Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.

6. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Jastia Taza

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

 

Published by
Nur