Makan

Resipi Telur Dadar Thai Berkeju, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap

Share

Resipi Telur Dadar Thai Berkeju yang mudah nak buat. Tak sampai 10 minit pun dah siap. Makan dengan Nasi Goreng Tomyam memang layan. Nak lebih istimewa, tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk rasa hidangan yang lebih enak. Gunakan juga Anchor Unsalted Butter untuk memberi aroma. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.

Jom cuba.

TELUR DADAR THAI BERKEJU

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 biji telur
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
  • 20gm daun selasih
  • Fernleaf Yogurt Mixed Berries

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan Anchor Unsalted Butter.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan telur, daun selasih bersama sos ikan, tepung beras dan keju
    Anchor Cheddar Cheese Slices.
  3. Tuangkan telur dalam kuali yang telah dipanaskan.
  4. Masak kedua-dua belah selama 6 minit.
  5. Siap dan boleh dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries
    .

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma