Telur Hancur Masak Berlada ni antara lauk yang paling mudah dimasak. Ia tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya juga sangat sedap. Sesuai dinikmati bersama nasi putih panas ataupun jika dimakan bersama roti juga, sedap rasanya. Nak cuba? Saudari Chinta ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK TELUR HANCUR MASAK BERLADA
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
1 biji bawang besar – cincang halus – beli online disini
3-4 ulas bawang putih – cincang halus – beli online disini
Cili padi secukupnya– cincang
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
Minyak untuk menumis
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali dengan secukupnya.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi dan masak sempurna.
3. Bila bawang sudah masak elok, masukkan sos tiram. Gaul rata.
4. Masukkan telur. Biarkan seketika.
5. Kemudian gaul-gaul telur tadi supaya hancur dan bersalut dengan rencah tumis.
6. Rasa dan tambah jika ada kurang. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Chinta
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official