Dah bosan makan ayam, harini cuba masak telur puyuh pula! Resipi telur puyuh balado ni saya jumpa dekat Facebook yang dikongsikan oleh Azlin Salleh. Memang lain macamlah resipi ni sebab guna pes tomyam, selalu guna orang tumis dengan sambal je kan. Rasa telur puyuh ni ada masam-masam manis hihi sedap! Kalau tak percaya mehh cuba resipi ni, mudah dan cepat je siap makan dengan nasi panas.
TELUR PUYUH BALADO SAWADIKAP
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (direbus dan digoreng)
Segenggam cili padi (ikut kepedasan)
1/2 bawang besar
Ads
3 ulas bawang putih
Pes tomyam
Sos ikan
Serai (di ketuk)
Perisa
Sos tiram
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar atau tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan serai. Tumis sehingga naik bau.
2. Lepas tu masukkan pes tomyam dalam 1/2 sudu besar, sos tiram, sos ikan dan bahan perisa.
3. Bila dah sedang elok rasa masukkan air sedikit untuk ada kuah. Lepas tu boleh masukkan telur. gaul sekata.
Siap
Ads
* boleh masukkan hirisan bawang besar dan daun purut untuk naikkan aroma lagi.
Ikan dori sering dijual dalam bentuk ‘fillet’ isi ikan yang disejuk beku. Isinya manis dan lembut dan cepat masak. Sedap digoreng sebagai menu ‘fish and chips’ yang popular.
Ikan Dori memiliki banyak khasiat kesihatan. Manfaat paling terkenal adalah kandungan omega 3 nya yang dapat membuat otak manusia menjadi cerdas. Jom kita cuba dua menu ringkas dari ikan dori ni.
1. ISI IKAN DORI BERSOS LEMON
BAHAN-BAHAN :
3 keping fillet @isi ikan dory (150-200 gm tiap keping)
BAHAN SOS :
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
500 ml air
1 biji lemon | perah jus dan parut kulitnya
1 sudu makan tepung jagung | dibancuh sedikit air
Beberapa titik jus pewarna kuning
1 biji cili benggala | dipotong kiub
2 biji tomato | dipotong kiub
1/2 biji nenas | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SALUTAN ISI IKAN :
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Goreng dulu fillet ikan dori (disalut tepunghingga garing, ketepikan). 2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili benggala hingga naik bau. 3.Masukkan air, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau hingga rata. 4.Masukkan tomato dan nenas, perasakan dengan garam dan gula. 5.Curahkan sos di atas isi ikan dori yang digoreng tadi. Sedia dihidang.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Ikan Keistimewaan : Ikan lembut dan garing dengan rasa masam manis
INFO CHEF : Ikan dori biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Biarkan ais mencair dahulu dan anda boleh membasuh dengan memasukkan sedikit cuka dan kemudian basuh dengan air seperti biasa. Perapkan sebentar dengan bawang putih dan lada hitam sebelum digolek ke dalam tepung.
2. STEM DORY FISH TOMATO SALSA WITH BROWN RICE
BAHAN-BAHAN : Bahan untuk ikan :
½ ekor ikan dory
1 biji bawang Holland | dihiris
½ sudu kecil serbuk halia
½ biji lemon
1 sudu kecil daun ketumbar | dicincang
Garam secukup rasa
Bahan untuk tomato salsa :
1 biji tomato | dipotong dadu
1 biji bawang besar | dipotong dadu
½ sudu kecil daun ketumbar | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang halus
1sudu makan jus limau
½ sudu teh lada hitam (hancur)
CARA MEMASAK : 1. Perapkan ikan dory bersama garam, serbuk halia, daun ketumbar,bawang Holland dan lemon 2. Kukuskan selama 15-20 minit 3. Sementara itu buat tomato salsa, campurkan kesemua bahan tomato salsa. Gaulkan bahan-bahan tomato salsa sehingga sebati 4. Selepas ikan siap dikukus, taburkan tomato salsa. 5. Hidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Kukus Jenis masakan :Ikan kukus Keistimewaan : Ikan dory yang manis dan tomato salsa menjadikan ia sajian lazat
3. DORY FISH AND CHIPS WITH YOGURT SAUCES
BAHAN -BAHAN :
¾ cawan serbuk roti
1 biji telur
½ cawan tepung gandum
½ sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
1 keping ikan dori
1 biji kentang
Bahan untuk membuat sos yogurt :
1/2 cawan yogurt
½ batang timun jeruk
CARA MEMASAK :
1. Campurkan lada hitam, lada putih ke dalam ikan dori. Kemudian salutkan sengan tepung, telur, dan serbuk roti. 2. Kemudian bakar bersama kentang selama 15 minit sehingga 20 minit dengan suhu 150°c 3. Sementara itu buat sos yogurt. Cincang timun jepun dan campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata 4. Sajikan ikan dori bersama kentang bakar dan sos yogurt tadi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak :Bakar Jenis masakan : Ikan Keistimewaan : Ikan dori bakar yang manis dan rangup
Info Chef : Kalau tak nak salutkan dengan serbuk roti, anda boleh juga menyalut dengan oat sahaja. Oat mengandungi khasiat yang boleh membantu kawalan kolestrol.
Pulut Pagi atau juga dikenali dengan nama Pulut Manis adalah salah satu menu tradisional orang dulu-dulu. Di sesetengah tempat seperti di negeri-negeri Pantai Timur, sajian ini mudah didapati dan dimakan sewaktu sarapan.
Beras pulut bila dimasak, biasanya akan melekat di periuk dan meninggalkan kerak. Memang rugi. Bagi anda yang nak masak Pulut Pagi ni, tipnya adalah dengan mengukus pulut. Memang lembut, sedap malah tak membazir. Ha…Dah tahu petua, pasti rasa nak cuba masak Pulut Pagi resipi Opah Mas Cotek ni kan? Begini cara-caranya.
CARA MASAK PULUT PAGI / PULUT MANIS YANG LEMBUT & SEDAP
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula kerek, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut. 2. Sejukkan air gula kemudian tapis. Ketepikan seketika. 3. Kukus beras pulut hingga masak. Anggaran masa lebih kurang 25 minit.(beli PERIUK KUKUSAN MURAH disini) 4. Angkat pulut dan arun dengan air gula tadi hingga rata. Kukus lagi selama 10 minit. 5. Angkat pulut dan hidangkan bersama kelapa parut.
Siapa pernah masak sayur ni? Mesti pernahkan malah ada yang berhadapan bila menggoreng sayur bendi ni berlendir dah macam gam UHU. Walaupun masakan ni nampak simple kalau tak kena cara, maka tak cantik kejadiannya. Yatie Kitchen kongsi tip agar bila goreng bendi tak berlendir dan cantik, basuh bendi bersih dan lap sehingga kering sebelum dipotong serong-serong. Tumis menggunakan bawang putih saja, kalau saya pakai bawang merah terus berlendir masa goreng sebab bendi alah pada air,bawang merah mempunyai kandungan air. Selain itu semasa menggoreng api kenalah besar , stir fry. Jangan letak air semasa menggoreng . Selamat mencuba.
BENDI GORENG FUCUK Bahan-bahan: 10 batang bendi 5 keping fucuk 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil lada putih-BELI ONLINE DI SINI 5 ulas bawang putih Mushroom seasoning secukup rasa-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Basuh bendi hingga bersih dan toskan. 2.Panaskan minyak, masukkan fuchuk dan bawang putih. Masak hingga garing 3. Kemudian masukkan bendi yang sudah dipotong serong. 4.Perasakan dengan lada putih bersama mushroom seasoning. 5.Masak dengan api besar,gaul hingga sebati dan tutup api 6.Siap untuk dihidang. Kredit: Yatiekitchen