
Telur rebus yang dibalut dengan daging kisar dan digoreng hingga masak. Memang layan! Jika ingin cuba, selain dari menggunakan telur ayam, anda juga boleh menggunakan telur puyuh.
BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging cincang
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 50gm daun sup | dihiris halus
- 100gm serbuk roti
- Garam dan serbuk perasa
- 2 biji telur ayam | direbus dan buang kulit
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan di atas kecuali telur rebus. Gaul sebati.
- Balut telur rebus dengan campuran daging kisar tadi dengan kemas.
- Goreng dengan api perlahan sehingga masak.
- Potong dua dan sedia untuk dihidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Gulai Telur Padang, Resipi Terlajak Mudah Tapi Sedap

Isi Kandungan
ToggleJom cuba resipi Gulai Telur Padang perkongsian saudari Nurul Ateekah. Nampak sangat enak dan menyelerakan. Hanya menggunakan telur rebus, hidangan enak ini boleh dinikmati seisi keluarga.
Cara masaknya juga ringkas sahaja. Sesuai bagi ibu-ibu yang tidak punya banyak masa di dapur tapi nak sajikan menu sedap but keluarga tercinta. Jom lihat bahan-bahan serta cara memasaknya.
RESIPI MASAK GULAI TELUR PADANG YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
7-8 biji telur ayam rebus – kupas kulit
1 kotak santan – beli online disini
2 helai daun limau purut
1 helai daun salam
1 batang serai – diketuk
½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil garam
150mlm air
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR:
1 batang cili merah
7 batang cili padi merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras – beli online disini
Halia (sebesar ibu jari)
Lengkuas (sebesar ibu jari)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, masukkan bahan yang telah dikisar bersama serai, daun limau purut, daun salam dan serbuk kunyit. Masak seketika.

2. Masukkan air, santan kotak, garam dan serbuk perasa.

3. Kemudian masukkan telur rebus dan masak sehingga mendidih serta sedikit pekat.

4. Perasakan dengan secukup mengikut selera masing-masing. Padam api.
5. Gulai Telur Padang siap untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
1 Pes Sambal Olah Jadi 4 Menu Sedap & Mudah Masak.

Setiap hari anda bergegas balik cepat semata-mata nak masak makan malam ahli keluarga. Sayang kesesakan jalan raya kerap jadi punca rutin harian menjadi kelam kabut, kadang-kadang sampai stres. Sudahnya sampai rumah masak pun cincai-cincai je.
Tenang ye ! Jangan stres-stres. Apa kata cuti hujung minggu anda buat pes sambal dalam kuantiti yang banyak kemudian frozenkan. Sebelum pergi kerja pagi pindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk. Bila balik dan nak masak boleh terus guna, tak perlu nak berair mata kupas bawang, tumbuk cili bagai. Sah! Penggunaan pes segera ini boleh membantu kerja memasak dapur lebih cepat dan mudah.
Anda boleh pelbagai jenis masakan hanya dengan menambah sedikit bahan lain, pes yang sama boleh buat sambal sotong, buat asam pedas ikan dan macam-macam lagi, ikut idea bijak anda ye.
Sebagai panduan, ini admin kongsikan idea empat resipi masakan berasaskan pes sambal berserta pes sambal sekali.
Kalau anda ada ideal lain jangan lupa kongsi-kongsikan.
PES SAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 100gm cili kering | Dibuang biji dan rendam
- 3 biji bawang besar
- 3 biji bawang putih
- 2.5cm belacan | pilihan
- ½ cawan kecil air asam jawa
- Minyak masak secukupnya
CARA-MEMASAK
- Semua bahan tersebut dikisar sehingga lumat. Panaskan ¼ cawan minyak masak.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau dan sedikit garing. Angkat dan sejukkan.
- Masukkan ke dalam bekas kedap berkaca (supaya tahan lama). Simpan di dalam peti sejuk. Sedia untuk digunakan.
SAMBAL SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 5 ekor sotong | potong gelang
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 biji bawang merah | racik
- 1 batang serai | ketuk
- 3 sudu makan pes sambal
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah yang telah diracik. Setelah agak berbau wangi, masukkan pes sambal dan serai. Tumis dengan api sederhana hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan hirisan bawang besar dan kacau sebentar.
- Setelah agak kuah telah pekat dan sambal pecah minyak, angkat dan hidangkan.
IKAN CENCARU STIM BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN
- 1 ekor ikan kembung bersaiz besar
- 3 sudu makan pes sambal
- 1 biji limau kasturi
- 2 batang bendi | hiris serong
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 biji cili merah | hiris
- Garam dan gula secukupnya
- Aluminium foil
CARA MEMASAK:
- Sediakan aluminium foil. Ikan kembung dilumur garam, gula dan perahan limau kasturi. Kemudian masukkan ikan ke dalam aluminium foil.
- Masukkan pula pes sambal, hirisan bawang besar, cili merah dan bendi. Balut ikan dengan kertas aluminium foil tadi dan kukus dalam 15 minit. Selepas 15 minit, angkat dan hidangkan
SAMBAL TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur | rebus, buang kulit dan digoreng
- 3 sudu makan pes sambal
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
- Panas kan minyak di dalam kuali dan tumis pes sambal hingga terbit bau.
- Masukkan garam dan gula secukup r
- Setelah sambal pecah minyak, masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaulkan untuk pastikan semua telur bersalut sambal.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN
- 4 ketul ayam | sederhana besar
- 3 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- Sedikit daun ketumbar
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan sedikit serbuk kunyit. Setelah terbit bau, masukkan pes sambal dan bunga kantan. Kacau hingga bau wangi.
- Masukkan sedikit air asam jawa dan air untuk kuah. Masukkan daun kesum. Setelah mendidih, masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Sesuaikan garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata.
- Taburkan sedikit daun ketumbar sebelum dihidangkan untuk aroma.
Esok Hari Kebangsaan, Jom Cuba 5 Sajian Cina, Stail ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia.

Isi Kandungan
ToggleHari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah. Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga ‘taukeh’ restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah .
Menariknya masakannya stail ala Hong Kong tetapi telah diolah semula oleh Datin Haslinda mengikuti selera dan citarasa rakyat Malaysia. Jika anda nak bersantai cuti Hari Kebangsaana boleh aje menjamu selera di restoran ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Jom kita semak dan cuba resipi yang dikongsi ini.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100gm bawang putih
- 100gm bawang besar
- 50gm serai
- 100gm lada merah
- 150gm pes cili @ cili boh
5 keping asam keping
50gm asam jawa
50ml air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan di potong kasar dan digoreng sekejap sahaja :
(secukupnya ikut citarasa)
- Kacang panjang
- Kacang bendi
- Tomato
- Bawang besar
- Lada merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus dalam pengukus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
4. Campurkan sedikit air jika rasa agak kering.
5. Masukkan ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
| dikisar satu persatu
- 100gm bawang putih
- 100gm lada merah
- 50gm cili kering
- 50gm serai
- 50gm belacan
- 50gm udang kering
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1.Udang galah yang sudah dicuci bersih gorengkan separuh masak.
2. Bahan-bahan yang dikisar ditumis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang telah digoreng
4. Gaulkan dan biarkan masak dan naik minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHANNYA :
- 300gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng setengah masak
- 15gm lada hitam
- 50gm marjerin
- 100gm sos cili
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan lada hitam, sos cili dan gula , dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan pula ayam dan gaul lagi hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. TAUHU LABU
BAHAN-BAHAN :
- 2 batang tauhu Jepun
- ¼ biji labu kuning
- ½ paket cendawan putih Shimeji
- 200gm brokoli
- 1 ulas bawang putih
- Minyak untuk mengoreng
- Stok ayam secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak, dan goreng tauhu hingga kuning.
Cara masak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinya menggunakan sudu dan buang kulitnya.
5. Kisar halus isi labu tadi.
6. Kemudian panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga kuning.
7. Masukkan labu yang dikisar tadi dan kacau mengikut citarasa pekat atau cair.
8. Sambil kacau masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Ketepikan sos labu.
9. Rebus brokoli dengan sedikit minyak.
10. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
11. Letakkan tauhu ditengah pinggan kemudian siramkan dengan sos labu tadi
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 300gm sayur kailan
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dan toskan minyak agar garing. Ketepikan
3. Batang sayur kailan digoreng bersama bawang putih dan garam secukup rasa.
4. Taburkan daun sayur kailan yang digoreng tadi di atas batang sayur kailan
5. Siap untuk dihidangkan.
Terima kasih : Restoran Haslinda Sim Abdullah
Alamat : No. 46, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 1100 pagi – 1030 malam