Makan

Resipi Telur Tumis Bawang. Lauk Jimat Bajet & Mudah Masak

Share

Sajian Telur Tumis Bawang ni adalah menu viral dari negara seberang. Resipinya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Masaknya pun senang sahaja. Cukup sekadar tumis ringkas, menu yang enak sudah sedia untuk dinikmati. Bagi anda yang belum ada idea nak makan apa utuk hari ni, jom cuba resipi perkongsin saudari Aisyh Humira ini. Moga bermanfaat!

CARA MASAK TELUR TUMIS BAWANG YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

5-6 biji bawang merah kecil – hiris kasar
5 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk lada sulah secukupnya (jika suka boleh masukkan chili oil) beli online disini
3 sudu besar ikan bilis kecil yang telah digoreng (pilihan. kalau tak letak pun tak apa)
Marjerin secukupnya beli online disini

BAHAN KISAR:

6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
(Jika suka pedas campur sekali cili padi)

CARA MEMASAK:

1.Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang bersama bahan kisar hingga layu.


2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.

3. Matikan api dan masukkan bilis yang telah digoreng garing. Telur Tumis Bawang siap dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Elina