Ads
Home Makan Resipi Tempoyak Goreng Ikan Bilis Ala Sarawak

Resipi Tempoyak Goreng Ikan Bilis Ala Sarawak

Ads
Resipi Tempoyak Goreng Ikan Bilis Ala Sarawak

Tempoyak memang menjadi kegemaran ramai. Macam-macam resipi yang  boleh kita buat menggunakan tempoyak. Biarpun gulai tempoyak paling popular tetapi sambal  tempoyak ikan bilis tetap mendapat sambutan. Sebagai memberi variasi hidangan anda, apa kata sesekali cuba resipi ala Sarawak ini pula.

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 300gm isi tempoyak
  • 100gm pusuk
  • 2 biji cili merah dihiris
  • 3 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 batang tepus
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.    Goreng pusuk sehingga garing. Ketepikan.
2.    Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga garing.
3.    Kemudian masukkan tempoyak.  Kacau hingga likat.
4.    Perisakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa anda.
5.    Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng dan gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama ulam tepus.
Info chef: Pusuk juga dikenali sebagai ikan bilis manakala tepus merupakan ulam-ulaman yang terkenal di Sabah dan Sarawak.

Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI