Jika anda ada ikan tenggiri di rumah, cubalah buat Tenggiri Bakar Serunding Kelapa Berkeju ni. Gabungan serunding kelapa yang pedas serta kepingan keju sebagai ‘topping’ di atas ikan tenggiri memang cukup rasa. Selain dimakan dengan nasi, hidangan ini juga boleh dimakan begitu saja. Jangan lupa gunakan Anchor Cheese Slice kerana rasa keju yang enak dan berkrim ini tentunya membuat hidangan anda bertambah lazat.
TENGGIRI BAKAR SERUNDING KELAPA BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping Anchor Cheese Slice
- 2 keping ikan tenggiri
- 1 cawan serunding kelapa
- 1 helai daun kunyit – hiris halus
- 2 helai daun limau purut – hiris halus
- 2 biji cili merah – hiris
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan sedikit garam dan lada sulah.
- Susun ikan tenggiri dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega Anchor.
- Sudukan serunding kelapa secukupnya ke atas ikan tenggiri.
- Tabur hirisan daun kunyit, daun limau purut dan hirisan cili merah.
- Bakar ikan tenggiri dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 10- 15 minit.
- Keluarkan dulang pembakar, ikan tenggiri. Masukkan semula dulang pembakar ke dalam ketuhar lalu bakar lagi selama 3-4 minit. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official