
Selain dimasak kari, ikan tenggiri memang enak dimasak kicap begini. Tekstur isinya yang padat serta lembut digandingkan bersama kuah kicap pedas berperisa, menjadikan hidangan ini begitu enak sekali.
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping isi ikan tenggiri | perap bersama garam dan serbuk kunyit
- 1 biji bawang besar | dikisar halus
- 2 ulas bawang putih | dikisar halus
- 3 ulas bawang merah | dikisar halus
- 2cm halia | dikisar halus
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 2 sudu makan kicap pekat
- Kicap manis secukupnya
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 1 keping asam gelugur
- 1 sudu makan sos cili
- Minyak masak secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Goreng ikan yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
- Kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
- Masukkan asam gelugur, gula dan juga garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng dan juga bawang besar yang telah dimayang. Masak sehingga kuah agak pekat.
- Angkat dan hidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Ikan Lengat Yang Sedap, Tak Hanyir & Tahan Lama.

Pernah cuba makan Ikan Lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Sangat ringkas tapi ia mampu membuka selera makan. Kalau orang Pantai Timur, Ikan Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Kalau orang Utara, panggil Temenung lengat. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba resipi Ikan Lengat sedap perkongsian Chef Sue M Arukin ni? Jom lihat bahan-bahannya.
RESIPI IKAN LENGAT YANG SEDAP SECARA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 kg ikan temenung segar – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
- 3 sudu makan garam
- 7-8 keping asam gelugur/ keping
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Nak lebih banyak resipi berasaskan ikan? Dapatkan disini.
Sedap! Resipi Singgang Pedas Ikan Kerisi Cara Orang Terengganu
Resipi Lengkap Step By Step Gulai Kunyit Lengkuas Ikan Ayo Kelantan

Jom cuba masak Gulai Kunyit Lengkuas ni! Ikan Ayo / Ikan Aya / Ikan Tongkol sememangnya sangat sedap. Boleh dimasak perlbagai cara namun jika di Kelantan, salah satu resipi yang sedap dimasak menggunakan ikan ini adalah Gulai Kunyit Lengkuas @ Gulai Kuning Nasi Berlauk. Sangat enak dimakan bersama nasi putih panas dan juga sambal. Nak cuba? Saudara Syazwan Ahmad ada kongsikan resipi yang beliau perolehi dari mak pengantin sewaktu makan kenduri di Kelantan. Pasti sedap kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI KUNYIT LENGKUAS IKAN AYO / IKAN AYA/ IKAN TONGKOL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Ikan Ayo Kurik (utara panggil ikan kayu putih)
- 1-2 keping asam gelugur – beli online disini
- Gula nise/kabung secukupnya – beli online disini
- 1-2 hiris lengkuas
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan, masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan-bahan lain.
2. Rebus guna api perlahan hingga ikan masak dan pejal. Untuk rasa lebih sedap, ikan boleh direbus sebelah malam. Esok pagi baru dimasak gulai. Barulah rasa lebih enak.
BAHAN KUAH:
- 10 tangkai cili kering – gunting buang biji, rebus & kisar halus – beli online disini
- 1-2 inci lengkuas
- 5-7 ulas bawang merah – beli online disini
- 3 ulas bawang putih – beli online disini
- 1 sudu makan biji ketumbar – beli online disini
- 2 inci kunyit hidup
(kisar bahan diatas bersama air rebusan ikan)
- 1 mangkuk santan – lebihkan jika suka rasa lebih lemak
- Kacang panjang
- Lada solok
- Garam & gula nise secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan santan dan bahan kuah yang sudah dikisar. Masak seketika guna api perlahan.
2. Masukkan garam dan gula nise secukupnya.
3. Bila kuah hampir mendidih, masukkan ikan ayo kurik yang sudah direbus. Masak lagi hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang dan lada solok. Biar sayur masak dan lembut.
5. Rasa kuahnya, jika sudah cukup rasa, angkat dan hidangkan.
INFO: Resipi Gulai Ikan Ayo ini tidak ditumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya dimakan dengan Nasi Dagang. Empunya resipi buat untuk makan sarapan pagi.
Kredit resipi & foto: Syazwan Ahmad
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Tempe Basah, Sangat Sedap & Cara Masak Pun Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Panggang, Daging Dendeng, Sambal Ikan Masin. 3 Menu Pasti Puas Hati

Isi Kandungan
Toggle
RASA cadangkan tiga menu ini untuk anda masak sebagai hidangan makan tengah hari atau makan malam. Sedap betul. Rasa lengkap je hidangan tu sebab ada ayam panggang, daging dendeng dan sambal ikan masin.
Makan pulak dengan nasi panas-panas. Ayam panggang tu kalau nak ratah macam tu je pun boleh. Cubalah. Sedap sesangat ni.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
Bahan-bahan
500 gram isi dada ayam (potong dadu)
2 biji kentang (belah empat)
1/2 biji cili benggala hijau (potong dadu)
1/2 biji cili benggala merah (potong dadu)
1 biji bawang Holland (potong dadu besar)
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon (jus sahaja)
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan ayam, kentang, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit di dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar dan sedia dihidangkan panas-panas.
DENDENG DAGING BERLADO
Bahan-bahan
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
10 biji cili merah
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji tomato (potong dadu)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging
Cara memasak
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.
IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI
Bahan-bahan
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyak.
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.
Selamat memasak!