Selain dimasak kari, ikan tenggiri memang enak dimasak kicap begini. Tekstur isinya yang padat serta lembut digandingkan bersama kuah kicap pedas berperisa, menjadikan hidangan ini begitu enak sekali.

 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 keping isi ikan tenggiri | perap bersama garam dan serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 2cm halia | dikisar halus
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Kicap manis secukupnya
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan sos cili
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ikan yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
  2. Kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos cili dan sedikit air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan asam gelugur, gula dan juga garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tenggiri yang telah digoreng dan juga bawang besar yang telah dimayang. Masak sehingga kuah agak pekat.
  6. Angkat dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI