Kalau kat kampung, boleh bakar pakai arang. Lagi sedap rasanya. Tapi sesiapa yang tinggal di bandar, boleh je bakar atas dapur. SuiSan Aliezsha kongsikan resipi ayam percik yang dia buat untuk meniaga. Nampak sedap. Boleh try resipinya ya.

Nah saya share resipi ayam percik yang saya buat jual ni. Moga ilmu yang kita kongsikan manfaat buat semua. Nak potong-potong pun boleh seperti post saya share sebelum ni.

AYAM PERCIK

BAHAN AYAM PERCIK
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm Halia
3 tangkai serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
Garam dan gula secukupnya
1 ekor ayam
Sedikit minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

CARA MEMBUAT AYAM PERCIK
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup.
2. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.
3. Tumis semua bahan kisar tanpa minyak. Masukkan garam dan gula.
4. Kemudian masukkan ayam. Biarkan ayam setengah masak.
5. Keluarkan ayam dan letak di atas stand.
6. Renjiskan ayam dengan minyak zaitun.
7. Bakar pada suhu 200 darjah selama 15 minit. Bakar atas dapur pun boleh.

IKLAN

Masak macam ni tau.

 

Bakar jadi macam ni.

BAHAN KUAH
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 sudu sos cili
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung

CARA MEMBUAT KUAH
1. Kisar cili kering bersama bawang putih.
2. Panaskan kuali. Masukkan cili kering dan bawang putih tadi. Masukkan sedikit air. Kacau perlahan sehingga cili masak.
3. Masukkan sos cili, gula merah yang telah dibancuh dengan sedikit air, gula pasir dan tepung jagung.
4. Kacau sampai kuah jadi pekat.
5. Jika suka, boleh tambah bijan.

Tuang kuah atas ayam macam ni. Yummy!

Selamat mencuba!

Kredit Resipi: https://www.facebook.com/groups/shareresipi/permalink/3682627005097147/