Kuih Tepung Boko Ubi Kayu ini antara yang popular di Kelantan. Dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama kepala santan, semamangnya ia sangat sukar untuk ditolak. Manis, lembut dan rasa sangat enak. Bagi yang belum pernah rasa, bolehlah cuba buat nanti. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK KUIH TEPUNG BOKO UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi kayu yang sudah diparut
1 cawan gula merah*
1 cawan air*
3 helai daun pandan *
CARA-CARA:
Masak bahan bertanda(*) sampai larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi dengan bahan-bahan yang dimasak tadi. Kacau rata.
Saiznya yang comel dan berwarna warni memang menarik perhatian. Apam comel ini lebih sedap kerana mempunyai filling dan bentuknya pun kecil sebesar ibu jari buat ketagih nak makan.Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 50 biji.Jangan biarkan adunan ini terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus, nanti apam anda akan menjadi keras. Ramai juga menjana pendapatan dengan berniaga apam ni, bolehlah cuba nanti.
Apam comel ( polkadot) Bahan-bahan: 4 biji telur gred A (dari peti sejuk) 280 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar/ susu cair (dari peti sejuk) 3 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla pewarna filling blueberry/ strawberry Paper cup
Cara membuat: 1.Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi putih dan pekat kalau dicedok seperti bertanduk. 2. Ayak tepung bersama baking powder. 3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu, (tepung + susu + tepung + Susu + tepung) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati. 4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna. 5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. 6. Masukkan paper cup ke dalam acuan lompang. 7.Picitkan adunan ke dalam paper cup (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 8.Picit lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh. Buat corak yang disukai pakai warna yang berbeza. 9. Kemudian panaskan pengukus, setelah air betul-betul mendidih kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.( Jika api besar apam akan merekah)
Cantiknya Kuih Lapis Rainbow ni. Rasa sayang nak makan. Kepingan kuih tu dilapis sempurna. Nampak gambar je pun dah dapat rasa keenakannya. Bagi anda yang menggemari Kuih Lapis, resipi perkongsian saudari Azura Felula ni boleh dicuba.
Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.