Sedapnya Kuih Bunga @ Kuih Tepung Bunga ni. Kuih tradisi orang Kelantan dan Terengganu yang sangat simple dan enak. Cara pembuatannya sangat cepat. Malah guna 4 bahan je. Jika bulan puasa, kuih ni memang popular. Kalau teringin, bolehlah cuba buat untuk keluarga guna resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUIH TEPUNG BUNGA @KUIH BUNGA

Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut – beli online DISINI
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji telur – dipukul
  • Gula secukupnya

CARA MEMASAK:

Ads

1. Campur air dengan tepung pulut sambil diuli. Jika campuran masih tak menjadi doh, tambah air sedikit lagi.

2. Ambil sedikit doh dan gentel bulat. Kemudian tekan dengan ibu jari.

Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan

3. Celup kepingan doh ke dalam bancuhan telur hingga rata.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng kuih yang dicelup telur tadi hingga merekah dan salutan telur keperangan.

5. Angkat dan toskan. Salut kepingan kuih dengan gula.

6. Sedia untuk dinikmati.

Resipi Tepung Bunga. Kuih Tradisional Sedap Hanya Guna 4 Bahan

Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah

 

Ads

Nak beli KUALI NON STICK baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Ayam Pandan Thai. Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan

Cara Masak Asam Pedas Tenggiri Berempah Stail Orang Melaka

Ads

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom. Mudah & Sangat Sedap.

Resipi Kek Lapis Masam Manis Kukus Warisan Arwah Ibu Mertua. Sedap & Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI