Resipi Tepung Bungkus, Sukat Guna Cawan Je

Share

 

Sesekali buat kuih tradisional pun best jugak, kan? Orang kata, kalau tiada yang lama, maka tiadalah yang baru. Sedap sesangat. Kena ambil tahu juga cara nak buat kuih lama. Biar kekal sepanjang zaman. Nah, RASA kongsikan resipi kuih tepung bungkus. Senang je. Sukat pun guna cawan je uols.

TEPUNG BUNGKUS

(dapat 12-14 biji)

 

BAHAN ADUNAN PUTIH
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam
Daun pandan

CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Panaskan atas api perlahan sehingga likat dan berkilat.

BAHAN INTI
2 sudu gula pasir
1/2 biji gula melaka / nise
Sedikit air
1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI
1. Masak gula dengan sedikit air. Letak daun pandan.
2. Kemudian tapis ke dalam kelapa parut. Masak dengan api kecil.
3. Hampir kering, letak tepung gandum. Kemudian sejukkan.
4. Bulat-bulatkan inti.

CARA PENYEDIAAN
1. Daun pisang dilayur atas api.
2. Letak adunan putih. Kemudian letak inti dan sedikit lagi adunan putih.
3. Lipat kemas. Kukus 10 minit.

Selamat mencuba.

Resipi oleh: Nurshuhada Kamaruzzaman dari Telegram KakiMakan

Published by
Maryam Elyas