Tepung gomak merupakan kuih tradisi Melayu yang digemari ramai. Ia adalah salah satu jenis kuih yang menggunakan tepung kacang hijau. Jom kita cuba buat di rumah, resipinya tak susah pun..Boleh lah dihidangkan ketika minum petang nanti..

TEPUNG GOMAK

Resipi Tepung Gomak, Kuih Tradisi Melayu Yang Wajib Dicuba!

 BAHAN TEPUNG

  • 300 gm tepung pulut
  • 1 cwn air
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN

IKLAN
  1. Campurkan tepung dan garam.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.

BAHAN INTI

  • 200 gm gula merah
  • 1/2 cwn gula putih
  • 1/2 cwn air
  • 1 bj kelapa parut
  • 2 st tepung gandum
  • 2 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN

  1. Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan.
  2. Masak sehingga gula larut. Tapis air gula.
  3. Masukkan semula air gula di dalam kuali.
  4. Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan.
  5. Masak sehingga kering.
  6. Akhir sekali masukkan tepung.

TEPUNG KACANG HIJAU

IKLAN
  • 200 gm kacang hijau

CARA PENYEDIAAN

  1. Basuh kacang hijau sehingga bersih.
  2. Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan.
  3. Kemudian dikisar halus.
  4. Ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.

CARA MEMBUAT TEPUNG GOMAK

  1. Ambil sedikit adunan tepung, leperkan dan masukkan inti.
  2. Bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul didalam air rebusan, angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau.

INFO: Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.

IKLAN

Selamat mencuba!

Kredit resipi: MeLL MeRah 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI