Resipi Kuih Tepung Gomak Perisa Pandan, Ini Cara Mudah Nak Buat

Share

Kuih Tepung Gomak antara kuah tradisional yang bukan sahaja disukai oleh golongan ‘orang lama’ tetapi juga ‘orang-orang muda.’ Sebenarnya tak adalah susah mana pun hendak membuat kuih tepung gomak. Marilah kita cuba resipi kuih Tepung Gomak Perisa Pandan yang dikongsikan oleh Rozita Daud ini.

RESIPI TEPUNG GOMAK PERISA PANDAN

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK INTI:

1 biji kelapa muda (ambil putih sahaja)
*2 senduk gula merah –BELI ONLINE


*Sedikit gula pasir –BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam kuali dan letak sedikit air.

2. Masak supaya gula merah cair, barulah masukkan kelapa putih.

3. Kacau sampai kering sikit. Tutup api biar sejuk.

BAHAN UNTUK DOH/KULIT:

1 biji keledek oren (buang kulit dan rebus) letak 1 sudu kecil garam
1/2 bungkus tepung pulut –BELI ONLINE
Sedikit perisa pandan

CARA MEMBUAT:

1.Siap rebus keledek, kisar sekejap. Letak ke dalam bekas keledik. Masuk sekali perisa pandan.

2. Seterusnya masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit.

3. Uli sampai tidak melekat pada tangan (siap seperti doh).

4. Sangai tepung beras. Ketepikan.

5. Ambil sedikit doh, buat bulat-bulat. Tekan ke dalam.

6. Ambil inti kelapa dan diletakkan di tengah-tengah doh. Buat bulat-bulat.

7. Masak air panas. Masukkan doh yang siap dibulat-bulatkan tadi. Biarkan naik sendiri macam buah Melaka.

8. Angkat dan toskan sekejap.

9. Letak dalam kuali yang berisi tepung beras yang disangai tadi. Gaul adunan tadi.

10. Biarkan sejuk sedikit. Apabila sudah sejuk, tekan leper. Buat sehingga habis.

11. Siap! Bolehlah dihidang. Beginilah kejadiannya.

Sumber kredit: Rozita Daud

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has