Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.

Tepung Goreng Ikan

Bahan-bahan :

*1 cawan tepung beras

*1 sudu besar tepung gandum

*1 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI

*1 biji telur

*2 sudu kecil air kapur

*3/4 cawan air

*sedikit serbuk kunyit

IKLAN

*sedikit garam

Cara buat:

  1. Gaulkan semua bahan bertanda *. Bancuhan ini sesuai juga untuk goreng udang sotong dan pisang goreng.

 

Sos pencicah Thai

Bahan-bahan :

5 ulas bawang putih cincang/tumbuk

7 tangkai cili padi cincang/tumbuk

5 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI

3 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI

3-4 sudu besar gula perang/nise/gula melaka

Perahan air limau nipis dari 3 biji

sedikit garam

daun dan akar ketumbar- dicincang

Cara buat:

1.Gaul sebati semua bahan.

Kredit: Norfalisa Norman

INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, LIHAT DI SINI.

Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan

Resipi Ikan Percik Yang Sedap & Paling Mudah Nak Buat

Resipi Miang Pla Pao & Sos Hijau Thai. Serius Memang Sedap!