Resipi Tepung Pelita Beratur Panjang Bakal Jadi Rebutan. Sedap Berlemak Gerenti Tak Cari Lain!

Share

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Setiap kali berpuasa kuih ini antara yang akan menjadi rebutan ramai di bazar ramadan. Kuihnya yang berlemak dan manis menjadi pilihan sebagai hidangan akhir selepas berbuka. Teringin nak buat dan makan kuih tepung pelita sendiri? Apa kata anda cuba resepi kuih tepung pelita ini. Memang gerenti jadi!

 

RESIPI TEPUNG PELITA BERATUR PANJANG

BAHAN-BAHAN:

BAHAGIAN BAWAH:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan

 

CARA MEMASAK:

Potong 4 kerat. (lihat video di bawah) Cara-cara nak buat acuan.

 

Selepas membuat bekas acuan tepung pelita, letakkan sedikit gula halus didalam bekas.

Letak gula pasir yang di kisar. Satu sudu teh dalam bekas ( saya kisar je gula pasir bagi halus.. Kalau letak je gula pasir nanti tak jadi, itu Sbb kita kena letak gula hancur.. Dan kita letak yg warna hijau panas2.. Akn jadi Air gula dibawahnya)

 

Sementara itu masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat.

 

Letak terus dalam bekas acuan. Tidak perlu kukus sebab dah masak atas dapur sampai pekat

dan sekaligus untuk menghancurkan gula halus yang kita letak dalam bekas tu supaya jadi air gula..

(Nota: Biasa kalau kukus.. Dia akan pejal-pejal kan, kalau masak dan terus tuang dalam acuan dia akan jadi lembut bila pulak kena dengan air gula..)

 

BAHAGIAN ATAS:

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan santan (Kalau sebijik kelapa.. Sukat 4 cawan air dan perah.. (nk 4 cawan santan pekat..)
  • (kalau santan kotak kara yang kecil.. Bancuh biar dapat 4 cawan santan.
  • 4 sudu tepung beras (jangan guna cap 5gajah je. Yg lain boleh. 2,3gajah boleh, teratai boleh. 5gajah utk buat laksa)
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

Masak semua bahan dan kacau sampai pekat.

Tuang terus ke atas hijau. Tak perlu dikukus sebab dak masak atas dapaur sampai pekat.

Boleh makan terus. Cepat sejuk dan nak lagi sedap simpan dalam peti ais.

 

Dah siap dan boleh dimakan ketika berbuka nanti!

 

Kongsi resipi: Sally Ahmad

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim